Thursday, August 1, 2013
DAP: Tinggal BN jika tak setuju tuntutan Noh Omar
Setiausaha
agung DAP Lim Guan Eng mencabar parti MIC, Gerakan dan MCA meninggalkan
BN sekiranya parti itu tidak bersetuju dengan tuntutan untuk menyiasat
individu yang mendedahkan gambar mengenai isu kantin SK Seri Pristana.
Jika tidak, kritikan seperti yang disuarakan oleh presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung tuntutan seperti itu hanyalah satu retorik semata-mata, kata Lim.
Beliau mengulas kenyataan Chua semalam yang menyifatkan ketua perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar "gila" kerana membangkitkan tuntutan seperti itu.
Begitu juga dalam pengetua SK Alam Megah yang mengakui memberitahu pelajar India dan Cina supaya "balik India dan China".
Lim berkata, pendirian MCA supaya pengetua sekolah berkenaan didakwa mengikut Akta Hasutan tidak akan dipandang serius, khususnya oleh Umno.
Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong dalam satu kenyataan hari ini berkata permohonan maaf pengetua SK Alam Megah itu "tidak ikhlas" dan menuntutu agar tindakan dikenakan ke atas guru berkenaan.
Malaysiakini
0 orang berkata:
Post a Comment