RAKYAT JANGAN MERUNGUT NGAN HARGA BARANG NAIK, DULU HANGPA YANG UNDI BN, ITU PASAI JIKA APA-APA YANG KERAJAAN BUAT JANGAN NAK KOMPLAIN! TERIMA JEW, TELAN JEW ! ELEKTRIK NAIK PAKAI LAMPU KARBAIT, TAMBANG KENDERAAN NAIK, JALAM KAKI LAA, TOL NAIK, PAKAI JALAN BIASA, LAGI APA ? IKAN NAIK PI LA PANCING, SAYOQ NAIK TANAM LA SAYOQ, KALO JUAL HARTA, TU UNTUK HANGPA JUGA, KAN KE HANGPA AKAN DAPAT BRIM LAGI ! KALO MINYAK NAIK, BUKAN KA PETRONAS TU DEPA PUNYA ? YANG HANGPA DOK SEBOK WAT APA ? TANAM LA POKOK JARAK, CARI LA POKOK NIPAH, SEMUA TU BOLEH BUAT MINYAK KAN, KAN , YANG HANGPA DOK PUK,PEK,PUK,PEK TU BUAT APA ! YANG NAIK KASI TURUN LAAAA ! Pak Karamu
27 Disember, 2013
Usah Merungut Kenaikan Kos Sara Hidup, Kata Menteri Tak Guna
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri
Hassan Malek menasihati rakyat Malaysia agar tidak merungut, sebaliknya
memberikan kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa
harga barangan.
Hassan ketika ditemui di program "Kembali ke Sekolah" anjuran sebuah
pasaraya di Kuala Lumpur hari ini, berkata peniaga juga tidak seharusnya
menaikkan harga barangan dengan keterlaluan.
"Jangan memanaskan keadaan dan menaikkan harga. Tolong pertimbangkan dan bantu kementerian.
"Sesetengah barangan bantuan kerajaan turut disalahgunakan sesetengah pihak dengan menaikkan harganya," katanya lagi.
Hassan turut menjelaskan, kementeriannya sedang berusaha membantu rakyat
ekoran kenaikan harga sesetengah barangan yang berlaku disebabkan
penstrukturan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga bahan api,
elektrik, dan juga barangan keperluan harian yang menyaksikan
peningkatan kos sara hidup rakyat.
"Saya telah mengarahkan pasukan saya untuk berada di bawah berhubung dengan orang ramai.
"Kita akan lakukannya bersama dengan agensi lain termasuk Kementerian Pelancongan," tambahnya.
Ditanya tentang saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Putrajaya
menjimatkan kos perbelanjaan dan bukannya menaikkan harga barangan,
Hassan cuma menjawab beliau menghormati pandangan bekas perdana menteri
itu.
"Kita akan melihat sebarang kemungkinan terhadap cadangan beliau... saya
hanya boleh katakan kami menghormati pandangannya," katanya, dan
menambah, perkara itu juga akan dibawa ke dalam mesyuarat.
Kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan
Raya Universiti Malaya (Umcedel) dan didedahkan kepada umum pada Selasa
lalu mendapati, isu kenaikan kos sara hidup bakal menjadi penentu masa
depan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
menjelang 2018.
Tiga kenaikan barangan yang memberi kesan langsung termasuk kenaikan
kadar caj elektrik, peningkatan kos barangan dan kenaikan harga barang
api.
Umcedel turut mencadangkan Putrajaya memandang berat hasil dapatan kajian mereka sekiranya ingin terus kekal berkuasa. ~tmi
0 orang berkata:
Post a Comment