Polis terima 175 laporan terhadap Bersih 5
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 175 laporan polis
terhadap Bersih 5 di seluruh negara sehingga Oktober lalu manakala tiga
laporan polis terhadap Ketua Baju Merah, Datuk Jamal Yunos.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,
pihaknya akan mengeluarkan arahan pendakwaan di mahkamah sekiranya ada
keperluan.
"PDRM akan jalankan siastan berdasarkan kesalahan Akta Hasutan 1948,
Kanun Keseksaan, dan Akta Perhimpunan Aman atau undang-undang lain,"
katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Lapan lagi laporan polis dibuat bantah Bersih 5]
Menurutnya, semua pihak dinasihati agar tidak membuat sebarang perhimpunan.
"Saya ingin mengatakan bahawa jika tiada Bersih, maka tiadalah baju merah.
"Kalau tiada Maria Chin, mesti tiada Jamal Yunos," katanya ketika perbahasan di Parlimen semalam.
Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menggesa semua pihak
menjunjung kedaulatan seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan
Persekutuan.
"Kita tidak seharusnya bersandarkan kepada dasar demi mencapai sesuatu
kemenangan atau menegakkan keadilan, sedangkan pada masa sama kita
sendiri mengingkari undang undang," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment