'Jika Pas ikhlas, kita perlu berunding segera'
IPOH – Mesyuarat rundingan bersama Pakatan Harapan perlu diadakan dalam
tempoh terdekat sekiranya persetujuan Pas untuk satu lawan satu
menentang BN pada PRU14 adalah benar seperti dikatakan.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, sekiranya hasrat Pas itu ikhlas ia perlu dilakukan secara meja rundingan.
“Cakap kosong tak bererti, dalam hal ini jika Pas ikhlas, mesyuarat
rundingan bersama Pakatan Harapan perlu diadakan dalam tempoh terdekat,”
katanya.
Terdahulu, Pas mengakui bersetuju konsep satu lawan satu seperti
diharapkan pembangkang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.
Persetujuan itu bagaimanapun dengan syarat bersatu atas dasar agama ALLAH.
Ahli Parlimen Taiping itu berkata, kenyataan dikeluarkan Mursyidul Am
Pas, Hashim Jasin itu adalah selaras dengan Deklarasi Rakyat untuk
menyelamatkan Malaysia dan satu lawan satu adalah prinsip pembangkang.
“Tapi Pas tidak harus meletakkan syarat memaksa parti lain menerima
dasarnya. Yang penting adalah agenda membela rakyat tanpa mengira kaum
serta dasar ekonomi yang efektif untuk meringankan beban hidup rakyat.
“Retorik politik harus diketepikan supaya keutamaan diberi kepada kebajikan hidup rakyat,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment