Pas dicabar sertai Himpunan Bersih 5
IPOH - Pas dicabar menyertai Bersih 5 jika serius untuk mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU14.
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Seri
Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perkara tersebut ditekankan kerana
Pas antara parti yang menolak penganjuran himpunan berkenaan sebelum
ini.
"Kalau benar-benar serius (bersama), Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin
perlu arahkan ahli parti di semua peringkat hadir pada 19 November nanti
di Dataran Merdeka.
"Kehadiran itu akan menghilangkan persepsi bahawa mereka kurang serius seperti sebelum ini," katanya.
Sebelum ini, Hashim menegaskan Pas bersetuju dengan konsep satu lawan
satu yang dikemukakan pakatan pembangkang bagi menumbangkan BN pada
PRU14.
Bagaimanapun, Hashim mengingatkan kerjasama itu tidak akan dipersetujui
sekiranya berlaku campur tangan pihak luar mengenai akidah dan agama
Islam.
Mohammad Nizar berkata, beliau juga tidak menolak persetujuan Pas untuk
mengadakan kerjasama itu disebabkan kelemahan pentadbiran dan penurunan
sokongan rakyat.
"Mungkin Hashim respon untuk satu lawan satu disebabkan kajian yang
mendapati Pas mungkin tumbang di Kelantan, penolakan sokongan rakyat.
Ditambah lagi dengan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355,"
katanya.
3 orang berkata:
Terbaik. Pas boleh dikencing-kencing sampai kuyup lencun serban.
Tapi Pakatan Harapan, sorry beb no kencing-kencing.
Kalu brani jgn la ajak pas.....p la demo sendiri
hukum dah x jihad camne nak pegi..tggu la pas kawan korang balik..masa tu hukum mungkin tukar jadi jihad balik..ha masa tu boleh la pergi ramai2 hehehe
Post a Comment