Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO BANTAHAN TAK ADA BERUBAH, HALAU SEMUA PEKERJA MYANMAR YANG BUKAN ISLAM DARI NEGARA INI

Umat Islam bantah kekejaman Myanmar
Umat Islam bantah kekejaman Myanmar
Sebahagian etnik Rohingya berarak mengadakan bantahan terhadap kekejaman dan penindasan yang berlaku terhadap masyarakat Islam itu di hadapan Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ribuan umat Islam yang terdiri daripada ahli parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan kedutaan Myanmar semalam bagi menyatakan bantahan kekejaman terhadap etnik Rohingya.

Mereka berkumpul selepas solat Jumaat dari Masjid Menara Tabung Haji dan berarak sejauh kira-kira 2.6 kilometer menuju ke kedutaan Myanmar di Jalan Ampang di sini.

Peserta demonstrasi berarak sambil membawa sepanduk mengecam kekejaman kerajaan Myanmar, dan juga gambar-gambar mangsa yang dibunuh dengan kejam.

Ada di antara mereka yang berarak sambil berteriak-teriak menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan nasib yang menimpa umat Islam di wilayah Arakan itu.

Walaupun hujan namun tidak membataskan perarakan tersebut sebaliknya menaikkan semangat peserta yang turut disertai lebih 500 etnik Rohingya yang tinggal di negara ini.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, pihaknya mendesak kerajaan mengambil langkah tegas terhadap isu penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

“Jangan kita biarkan manusia yang tidak bertamadun di Myanmar itu membunuh saudara sesama Islam.

“Saya mengharapkan kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar dan mengambil tindakan tegas termasuk menghalau rakyat negara berkenaan yang berada di sini serta menikmati kemewahan yang ada.

"Tindakan itu secara tidak langsung membawa suara kita kepada kerajaan mereka agar menghentikan pembunuhan beramai-ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil negara itu di Kedutaan Myanmar.

Antara NGO dan pertubuhan politik lain yang turut menyerahkan memorandum termasuk Pemuda Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),  Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas).

Etnik Rohingya beragama Islam dilaporkan ditindas dan dizalimi dengan kejam, mengakibatkan beribu-ribu penduduk berkenaan meninggalkan kampung halaman bagi mengelak daripada menjadi mangsa kekejaman yang didakwa melibatkan tentera negara itu.

Namun, jurucakap kerajaan menafikan laporan kekejaman itu.  Majoriti penduduk Myanmar menganggap kira-kira sejuta etnik Rohingya di Rakhine sebagai pendatang haram dari Bangladesh.

Difahamkan masjid di seluruh negara membacakan doa Qunut Nazilah dalam solat Jumaat dan berdoa selepas solat bagi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat Rohingya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.