Umat Islam bantah kekejaman Myanmar
KUALA LUMPUR - Ribuan umat Islam yang terdiri daripada ahli parti
politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan kedutaan
Myanmar semalam bagi menyatakan bantahan kekejaman terhadap etnik
Rohingya.
Mereka berkumpul selepas solat Jumaat dari Masjid Menara Tabung Haji
dan berarak sejauh kira-kira 2.6 kilometer menuju ke kedutaan Myanmar di
Jalan Ampang di sini.
Peserta demonstrasi berarak sambil membawa sepanduk mengecam kekejaman
kerajaan Myanmar, dan juga gambar-gambar mangsa yang dibunuh dengan
kejam.
Ada di antara mereka yang berarak sambil berteriak-teriak menyatakan
rasa kecewa dan sedih dengan nasib yang menimpa umat Islam di wilayah
Arakan itu.
Walaupun hujan namun tidak membataskan perarakan tersebut sebaliknya
menaikkan semangat peserta yang turut disertai lebih 500 etnik Rohingya
yang tinggal di negara ini.
Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos berkata,
pihaknya mendesak kerajaan mengambil langkah tegas terhadap isu
penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.
“Jangan kita biarkan manusia yang tidak bertamadun di Myanmar itu membunuh saudara sesama Islam.
“Saya mengharapkan kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan
Myanmar dan mengambil tindakan tegas termasuk menghalau rakyat negara
berkenaan yang berada di sini serta menikmati kemewahan yang ada.
"Tindakan itu secara tidak langsung membawa suara kita kepada kerajaan
mereka agar menghentikan pembunuhan beramai-ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil negara itu di Kedutaan Myanmar.
Antara NGO dan pertubuhan politik lain yang turut menyerahkan
memorandum termasuk Pemuda Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
(Perkasa), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan
Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas).
Etnik Rohingya beragama Islam dilaporkan ditindas dan dizalimi dengan
kejam, mengakibatkan beribu-ribu penduduk berkenaan meninggalkan kampung
halaman bagi mengelak daripada menjadi mangsa kekejaman yang didakwa
melibatkan tentera negara itu.
Namun, jurucakap kerajaan menafikan laporan kekejaman itu. Majoriti
penduduk Myanmar menganggap kira-kira sejuta etnik Rohingya di Rakhine
sebagai pendatang haram dari Bangladesh.
Difahamkan masjid di seluruh negara membacakan doa Qunut Nazilah dalam
solat Jumaat dan berdoa selepas solat bagi keselamatan dan kesejahteraan
masyarakat Rohingya.
3 orang berkata:
Apa peranan naib presiden ulamak dunia? Mengeramkan telo?
Hg diamlah bodoh...xkan TGHH nk buat apa2 kena bgtau kt hg..hg tu sapa??
cheap jordans free shipping
canada goose
ugg boots
uggs outlet
new york knicks
chaussure louboutin pas cher
ugg boots uk
true religion jeans sale
coach outlet store
pandora jewelry
Post a Comment