Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LA NI BARU BOLEH KASI TERANG KESAN DARI HANG MEMERINTAH DULU


Lebih Baik Mahathir Kembali Ke Tikar Sejadah – Ketua Pemuda Pas

SHARES
download 
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS sekali lagi menasihatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menginsafi semua kesalahannya daripada asyik melakukan dakwaan yang tidak benar.

Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) berkata Dr Mahathir sering melontarkan pandangan ikut sesuka hati tanpa melihat kelakuannya sewaktu memerintah.
“Tun Mahathir ini dia komen ikut sesuka hati dia sahaja. Saya ingat dia ni yang sekat royalti Kelantan kemudian dia nak beri royalti.
 
“Dia yang penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian dia nak bebaskan Anwar. Masa dia ada kuasa, dia tidak buat. Masa dia tidak ada kuasa, dia sebut.

“Lebih baik Tun M kembali ke tikar sejadah, pergi ke Mekah. Banyak belajar agama, itu lebih baik daripada dia pulang ke politik,” katanya kepada pemberita di Parlimen.

Pada Sabtu, Dr Mahathir di Konvensyen Pakatan Harapan menggolongkan PAS dalam kumpulan penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana enggan bergabung dengan perikatan itu menentang Barisan Nasional.

Beliau berkata ada kemungkinan PAS sudah termakan “dedak”, istilah yang dikaitkan kepada rasuah.
Ditanya mengenai perkembangan hubungan antara PAS dan PPBM, Nik Abduh berkata parti bekas pimpinan Umno itu belum memberikan sebarang kata putus:

“Saya sendiri tidak tahu PPBM ini serius atau tidak sebab sekali tengok nampak serius nak bersama PAS. Tengok kenyataan kedua, macam tidak serius,” katanya. – FMT

7 orang berkata:

Anonymous said...

pentaksub2 pas pun kene kembali ke tikar sejadah..

Anonymous said...

Kenapa kita harus menghakimi seseorang dengan alasan dosa-dosa terdahulu sedangkan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Pengampun? Apakah kita sudah terlalu maksum hinggakan tidak dapat memaafi kesalahan orang lain yang telah memohon kemaafan? Apakah sifat tidak memaafi ini merupakan amalan terpuji?

Anonymous said...

Lagi lama sujud, lagi byk balak tumbang. Lagi lama sujud, lagi banyak najid pam duit. Mudah2an puak2 pas sujud dan tak bangun2.

Anonymous said...

x payah la kita pun guna agama buat hujah tapi tujuannye politik..kalo apa yg kita cakap tu kita sama2 dah lama amal sendiri,mana maunya ada manusia yg benci kat rosmah x pakai tudung sepertimana dyana sofea x pakai tudung tapi x dibenci oleh kita..sangka baik kita pun berpilih2 dan dibatas2..kita ajak org hapuskan batas2?lepas tu kita guna agama buat hujah tapi tujuannye politik..udah2 la..jgn kita amal gitu..x bagus..insyaAllah
rosmah x pakai tudung pun buat kita x tidur malam terkencing2 marah, kita lagi berani main hujah agama tapi tujuannye politik..

Anonymous said...

jgn ikut perangai pas..udah2 ler..

Anonymous said...

ko suh dorang maafkan madey pasal madey dah jadi kawan ko..itu sahaja x lebih dari itu..hehehe..kalo dah x lebih dari itu jgn ko jadikan agama mangsa ko wat hujah..tolongla jgn ditiru perangai pas..

Anonymous said...

Pakai je lebai
Perangai omak aiiii

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.