Lebih Baik Mahathir Kembali Ke Tikar Sejadah – Ketua Pemuda Pas
SHARES
KUALA
LUMPUR – Ketua Pemuda PAS sekali lagi menasihatkan Pengerusi Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya
menginsafi semua kesalahannya daripada asyik melakukan dakwaan yang
tidak benar.
Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) berkata Dr Mahathir sering
melontarkan pandangan ikut sesuka hati tanpa melihat kelakuannya sewaktu
memerintah.
“Tun Mahathir ini dia komen ikut sesuka hati dia sahaja. Saya ingat
dia ni yang sekat royalti Kelantan kemudian dia nak beri royalti.
“Dia yang penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian dia nak bebaskan
Anwar. Masa dia ada kuasa, dia tidak buat. Masa dia tidak ada kuasa,
dia sebut.
“Lebih baik Tun M kembali ke tikar sejadah, pergi ke Mekah. Banyak
belajar agama, itu lebih baik daripada dia pulang ke politik,” katanya
kepada pemberita di Parlimen.
Pada Sabtu, Dr Mahathir di Konvensyen Pakatan Harapan menggolongkan
PAS dalam kumpulan penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
kerana enggan bergabung dengan perikatan itu menentang Barisan Nasional.
Beliau berkata ada kemungkinan PAS sudah termakan “dedak”, istilah yang dikaitkan kepada rasuah.
Ditanya mengenai perkembangan hubungan antara PAS dan PPBM, Nik Abduh
berkata parti bekas pimpinan Umno itu belum memberikan sebarang kata
putus:
“Saya sendiri tidak tahu PPBM ini serius atau tidak sebab sekali
tengok nampak serius nak bersama PAS. Tengok kenyataan kedua, macam
tidak serius,” katanya. – FMT
7 orang berkata:
pentaksub2 pas pun kene kembali ke tikar sejadah..
Kenapa kita harus menghakimi seseorang dengan alasan dosa-dosa terdahulu sedangkan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Pengampun? Apakah kita sudah terlalu maksum hinggakan tidak dapat memaafi kesalahan orang lain yang telah memohon kemaafan? Apakah sifat tidak memaafi ini merupakan amalan terpuji?
Lagi lama sujud, lagi byk balak tumbang. Lagi lama sujud, lagi banyak najid pam duit. Mudah2an puak2 pas sujud dan tak bangun2.
x payah la kita pun guna agama buat hujah tapi tujuannye politik..kalo apa yg kita cakap tu kita sama2 dah lama amal sendiri,mana maunya ada manusia yg benci kat rosmah x pakai tudung sepertimana dyana sofea x pakai tudung tapi x dibenci oleh kita..sangka baik kita pun berpilih2 dan dibatas2..kita ajak org hapuskan batas2?lepas tu kita guna agama buat hujah tapi tujuannye politik..udah2 la..jgn kita amal gitu..x bagus..insyaAllah
rosmah x pakai tudung pun buat kita x tidur malam terkencing2 marah, kita lagi berani main hujah agama tapi tujuannye politik..
jgn ikut perangai pas..udah2 ler..
ko suh dorang maafkan madey pasal madey dah jadi kawan ko..itu sahaja x lebih dari itu..hehehe..kalo dah x lebih dari itu jgn ko jadikan agama mangsa ko wat hujah..tolongla jgn ditiru perangai pas..
Pakai je lebai
Perangai omak aiiii
Post a Comment