Umno tidak pernah bincang kerjasama politik dengan Pas
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi berkata, Umno dan Pas tidak pernah berbincang mengenai kerjasama
politik atau 'tahaluf siyasi'.
Sebaliknya kedua-dua parti itu hanya berbincang tentang isu-isu yang menyentuh aspek kepentingan ummah.
Ahmad Zahid selaku Naib Presiden Umno yang kini menjalankan tugas
Timbalan Presiden parti berkata, perbincangan itu lebih tertumpu kepada
mencari titik persamaan termasuk dalam soal undang-undang yang
melibatkan umat Islam.
"Tentang soal orang Islam, tentang soal isu-isu yang tidak terselesai
yang harus didukung bersama dan saya fikir ini satu pendekatan yang baik
oleh kepimpinan utama Pas (untuk berbincang)," katanya dalam temu bual
dengan Bernama dalam program Ruang Bicara Khas sempena Perhimpunan Agung
Umno 2016 yang akan disiarkan malam esok (26 November) menerui saluran
televisyen Bernama News Channel (BNC).
Timbalan perdana menteri berkata, kepimpinan Islam dalam parti-parti
politik serta organisasi lain juga perlu bersama-sama memainkan peranan
dengan mengenepikan perbezaan pendapat atau pegangan politik demi
mencapai titik persamaan.
"Saya fikir kematangan politik dilihat bukan hanya soal tahaluf siyasi,
tetapi tentang soal keikhlasan kita menangani isu kepentingan sejagat
dan kepentingan ummah keseluruhan berbanding kepentingan peribadi kita
atau kepentingan sempit sesebuah organisasi itu," katanya.
Ahmad Zahid berkata, proses konsultasi sering kali menjadi amalan
beliau dengan melibatkan pelbagai pihak, sama ada kawan ataupun lawan,
dalam menentukan kaedah terbaik bagi merungkai setiap permasalahan yang
timbul.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan parti
itu mempunyai hak untuk menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja atau
mana-mana parti politik termasuk Umno.
Abdul Hadi berkata kerjasama dengan Umno adalah lebih tertumpu kepada
soal untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara
ini dan jalinan itu bukan atas kepentingan politik. - Bernama
5 orang berkata:
Iklan no ekor lagi.....
Nak masuk share neraka ke tuan?
Dah tak reti nak buang?
Semua parti takut dgn pas
Kuat sgt kencing
Bersepah2
Kena kencing lagi....
Hadoi!!
Punah harapan nak kekalkan Kelantan.
Bungkus kain baju la
Eloklah bukan Islam bimbang kat umno.
Ko percaya kat Jamal jamban buat pe
100% bukan Islam takut pd umno dan pas. Tanda2 dah dekat sgt nak pupus ler turr
Post a Comment