Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG BUKAN ISLAM MULA BIMBANG DENGAN UMNO ?

Umno tidak pernah bincang kerjasama politik dengan Pas
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno dan Pas tidak pernah berbincang mengenai kerjasama politik atau 'tahaluf siyasi'.

Sebaliknya kedua-dua parti itu hanya berbincang tentang isu-isu yang menyentuh aspek kepentingan ummah.

Ahmad Zahid selaku Naib Presiden Umno yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden parti berkata, perbincangan itu lebih tertumpu kepada mencari titik persamaan termasuk dalam soal undang-undang yang melibatkan umat Islam.

"Tentang soal orang Islam, tentang soal isu-isu yang tidak terselesai yang harus didukung bersama dan saya fikir ini satu pendekatan yang baik oleh kepimpinan utama Pas (untuk berbincang)," katanya dalam temu bual dengan Bernama dalam program Ruang Bicara Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 yang akan disiarkan malam esok (26 November) menerui saluran televisyen Bernama News Channel (BNC).

Timbalan perdana menteri berkata, kepimpinan Islam dalam parti-parti politik serta organisasi lain juga perlu bersama-sama memainkan peranan dengan mengenepikan perbezaan pendapat atau pegangan politik demi mencapai titik persamaan.

"Saya fikir kematangan politik dilihat bukan hanya soal tahaluf siyasi, tetapi tentang soal keikhlasan kita menangani isu kepentingan sejagat dan kepentingan ummah keseluruhan berbanding kepentingan peribadi kita atau kepentingan sempit sesebuah organisasi itu," katanya.

Ahmad Zahid berkata, proses konsultasi sering kali menjadi amalan beliau dengan melibatkan pelbagai pihak, sama ada kawan ataupun lawan, dalam menentukan kaedah terbaik bagi merungkai setiap permasalahan yang timbul.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan parti itu mempunyai hak untuk menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik termasuk Umno.

Abdul Hadi berkata kerjasama dengan Umno adalah lebih tertumpu kepada soal untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini dan jalinan itu bukan atas kepentingan politik. - Bernama

5 orang berkata:

Anonymous said...

Iklan no ekor lagi.....
Nak masuk share neraka ke tuan?
Dah tak reti nak buang?

Anonymous said...

Semua parti takut dgn pas
Kuat sgt kencing
Bersepah2

Anonymous said...

Kena kencing lagi....
Hadoi!!

Punah harapan nak kekalkan Kelantan.
Bungkus kain baju la

Anonymous said...

Eloklah bukan Islam bimbang kat umno.
Ko percaya kat Jamal jamban buat pe

Anonymous said...

100% bukan Islam takut pd umno dan pas. Tanda2 dah dekat sgt nak pupus ler turr

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.