Pertemuan pembangkang permulaan baik untuk Bersatu
PUTRAJAYA - Parti Bersatu mengesahkan telah menerima jemputan untuk
mengadakan perbincangan dengan Pas dan Pakatan Harapan dalam masa
terdekat.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertemuan tersebut
merupakan permulaan baik untuk Bersatu memulakan rundingan dengan
parti-parti pembangkang lain mengenai bentuk kerjasama menjelang PRU14.
"Berita baik yang pertama, Pas telah menyatakan persetujuan untuk
adakan perbincangan dengan kita. Tarikh pun telah ditetapkan dan bagi
kami, itu satu langkah ke hadapan.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Jika Pas ikhlas, kita perlu berunding segera']
"Kedua, Pakatan Harapan sudah memberikan jemputan untuk kami hadir
dalam satu mesyuarat antara pemimpin-pemimpin mereka dalam tempoh
terdekat. Dari situ kita boleh dapat mengorak langkah bagi bentuk
kerjasama yang sesuai dan boleh dijalinkan," katanya dalam sidang media
selepas mesyuarat pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, di
sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam pertemuan tersebut, Bersatu
akan memulakan proses rundingan bagi kerusi-kerusi yang boleh
ditandinginya dalam PRU14.
"Bersatu dah teliti semua kerusi di negara ini yang berada di bawah
Pakatan Harapan dan Pas. Jadi kita akan lihat kepada asas 'winnability'.
"Apa pun kita kena bincang dan ini mungkin ambil masa. Tetapi kita
harap dapat penyelesaian yang dipersetuju oleh semua parti mengenai
jumlah kerusi patut ditandingi Bersatu," katanya.
Menyentuh mengenai pertemuan dengan Pas, katanya, ia akan diadakan dengan pimpinan Pas secara beberapa peringkat.
"Ada beberapa pimpinan Pas yang telah diberikan amanah. Ada beberapa
peringkat nanti, ini peringkat pertama. Kemudian disusuli peringkat
tertinggi," katanya.
Ditanya sama ada Bersatu bersetuju dengan syarat Pas yang hanya ingin
bekerjasama dengan pihak yang boleh menerima dasar Islam, beliau
berkata, Bersatu tiada halangan.
"Saya fikir tak menjadi masalah jika mereka kata memperjuangkan Islam.
Itu pun sebahagian yang penting dalam perjuangan Bersatu.
"Tetapi kita juga tahu dalam Perlembagaan, hak agama lain memang
terjamin. Dengan pertemuan ini, banyak perkara boleh kita rungkai dan
bincangkan dari segi bentuk kerjasama dan sebagainya," katanya.
Malah, Muhyiddin berkata, Pas juga secara prinsipnya telah bersetuju dengan strategi satu lawan satu.
"Jadi, kalau itu sudah dijadikan asas kerjasama, ia satu kemajuan. Kita
harap itu dapat diputuskan apabila kita adakan pertemuan rasmi,"
katanya.
2 orang berkata:
WALAUNTA BOLEH JE JOIN PR. TAPI DGN SYARAT BARUA2 WALAUNTA KAKI SAPU BALAK DAN KAKI PEMBARUA SERTA HAMBA UG DIBUANG DARI MENJADI CALON PRU14. BARUA2 INI MEROSAKKAN DAN TAK BOLEH PAKAI WALAU SESEN.
Anak haram luar nikah ni x habis2 ngan bahasa barua ngan walauntanya... Bro pembaca blog ni semuanya anak halal nikah. Jgn heret kita orang utk dgr bahasa2 yg hanya utk anak haram aje...
Post a Comment