Kajian Bank Dunia punca Tun M buat pusingan U
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kajian Bank Dunia
yang mengiktiraf bantuan kewangan untuk kebajikan keluarga adalah antara
punca Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pusingan U dalam kenyataan bekas
perdana menteri itu berhubung Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang
dilaksanakan kerajaan sekarang.
Perdana menteri berkata Dr Mahathir sedia maklum kajian oleh penyelidik
Bank Dunia dan Stanford membuktikan bahawa bantuan kewangan secara
terus biasanya dibelanjakan secara berhemah seperti kebajikan keluarga,
bukan menyebabkan mereka malas seperti dakwaannya.
"Bantuan kewangan seperti BR1M diperkenalkan untuk membantu golongan
berpendapatan rendah supaya dapat meringankan beban sara hidup mereka,"
kata Najib dalam catatan terbaru beliau dalam blog www.najibrazak.com
hari ini.
Faktor itu, kata Najib antara empat sebab mengapa Dr Mahathir yang
sebelum ini sering menyifatkan BR1M sebagai "dedak", membuat pusingan-U
dengan menyatakan pembangkang akan meneruskan pemberian BR1M sekiranya
dapat memerintah negara.
Faktor kedua, katanya adalah berikutan bantuan kewangan seumpama itu
banyak dijalankan di negara-negara seluruh dunia dan diperakui
pakar-pakar ekonomi sebagai langkah pemangkin ekonomi.
"Ketiga, bantuan kewangan juga dilaksana oleh rakan-rakan pembangkang
pemimpin lama ini (Dr Mahathir) seperti Menteri Besar Selangor (Datuk
Seri Mohamed) Azmin Ali yang memberi wang masuk sekolah anak-anak
Selangor dan (Ketua Menteri) Lim Guan Eng yang memberikan bantuan
kewangan rakyat miskin di Pulau Pinang.
"Keempat, BR1M diberikan kepada golongan berpendapatan rendah tidak
kira ideologi politik. Kita tidak suruh mereka undi Barisan Nasional,
lainlah kupon Azmin Ali yang terdapat muka beliau pada kupon wang
tersebut. Malah kerajaan negeri Selangorlah banyak memberi insentif
wang," katanya.
Berikutan empat faktor itu, Najib menjelaskan pemimpin lama itu tiada
pilihan lain melainkan membuat pusingan-U dalam pendiriannya.
"Kita semua tahu pusingan-U yang dibuat oleh Dr Mahathir ini bukanlah kali pertama," katanya. - Bernama
3 orang berkata:
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Tapi rakyat kebanyakan makin susah saman najib. Rumah pun dah tak terbeli.
Tak ada ke mana2 parti kalau menang boleh hapuskan hutang ptptn? Kalau ada ramai kawan aku nak undi.
Post a Comment