Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA YAKIN TAK BERSALAH ?

'Ini cabaran terhadap amanah diberikan rakyat'
Annuar Musa
 
Tan Sri Annuar Musa hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa, hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) yang digantung tugas, Tan Sri Annuar Musa selesai memberi keterangan selepas empat jam disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya datang untuk memberikan kerjasama setelah difahamkan SPRM membuka kertas siasatan, jadi saya bertanggungjawab untuk memberikan sepenuh kerjasama ke atasnya," katanya sejurus melangkah kaki keluar daripada pintu SPRM di sini, sebentar tadi.


Menurutnya, penyiasatan ini juga adalah sebahagian daripada cabaan yang diterima ketika menjalankan tugas.

"Bila kita menjalankan tugas, tentu ada cabaran tertentu, kalau kita mahu hidup senang kita jaga perniagaan peribadi kita sahajalah, tidak berkhidmat kepada rakyat.

"Begitu juga berkhidmat kepada rakyat, sudah tentu akan ada cabaran. Yang penting kita buat dengan jujur dan ikhlas bukan songlap masuk poket, bukan untuk peribadi, berkhidmat untuk orang ramai," katanya.

Beliau katanya, cuba memberi apa juga maklumat yang ada dalam pengetahuan, terserah kepada SPRM dan pasukan penyiasatannya untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, soal menguruskan bola sepak Kelantan juga dibuat kerana kepentingan orang ramai.

"Kita lakukan yang terbaik, tapi oleh kerana tuduhan-tuduhan ini agak serius bila dikatakan menyeleweng duit biasiswa, duit Mara, memaksa menaja, kalau itu benar berlaku sangat buruk, sangat buruk bagi seorang penjawat awam, wakil rakyat dan seorang ahli politik yang mencecah umur 60 tahun.

"Kalau kita buat kerja menyeleweng dana, duit biasiswa maka mesti disiasat," katanya.

Ujarnya, sekiranya semua dakwaan itu betul, ia adalah satu kesalahan besar yang tidak cukup untuk dinafikan begitu sahaja.

"Tidak cukup dengan menafikan biarlah benda itu disiasat, sebab sudah ada tuduhan yang dibuat, dan saya mesti mengambil tanggungjawab, tidak boleh lari," katanya.

Annuar hari ini tampil secara sukarela ke SPRM untuk memberi keterangan berhubung beberapa dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam isu tajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrior (TRW) sehingga membawa kepada penggantungan tugasnya sebagai pengerusi serta merta pada Selasa lalu.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Klu x ada nuar, dah lama pasukan bola kelantan tak masuk bertanding. Patutnya duit jual balak tu bagi la sikit kat team red warrior. Peminat red warrior pun undi parti unta jugak kan pak karammm.

Anonymous said...

Kelantan kan banyak duit. Hati2 tebang balak

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.