'Ini cabaran terhadap amanah diberikan rakyat'
PUTRAJAYA - Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB)
yang digantung tugas, Tan Sri Annuar Musa selesai memberi keterangan
selepas empat jam disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM).
"Saya datang untuk memberikan kerjasama setelah difahamkan SPRM membuka
kertas siasatan, jadi saya bertanggungjawab untuk memberikan sepenuh
kerjasama ke atasnya," katanya sejurus melangkah kaki keluar daripada
pintu SPRM di sini, sebentar tadi.
[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM buka kertas siasatan terhadap Annuar Musa]
Menurutnya, penyiasatan ini juga adalah sebahagian daripada cabaan yang diterima ketika menjalankan tugas.
"Bila kita menjalankan tugas, tentu ada cabaran tertentu, kalau kita
mahu hidup senang kita jaga perniagaan peribadi kita sahajalah, tidak
berkhidmat kepada rakyat.
"Begitu juga berkhidmat kepada rakyat, sudah tentu akan ada cabaran.
Yang penting kita buat dengan jujur dan ikhlas bukan songlap masuk
poket, bukan untuk peribadi, berkhidmat untuk orang ramai," katanya.
Beliau katanya, cuba memberi apa juga maklumat yang ada dalam
pengetahuan, terserah kepada SPRM dan pasukan penyiasatannya untuk
tindakan selanjutnya.
Katanya, soal menguruskan bola sepak Kelantan juga dibuat kerana kepentingan orang ramai.
"Kita lakukan yang terbaik, tapi oleh kerana tuduhan-tuduhan ini agak
serius bila dikatakan menyeleweng duit biasiswa, duit Mara, memaksa
menaja, kalau itu benar berlaku sangat buruk, sangat buruk bagi seorang
penjawat awam, wakil rakyat dan seorang ahli politik yang mencecah umur
60 tahun.
"Kalau kita buat kerja menyeleweng dana, duit biasiswa maka mesti disiasat," katanya.
Ujarnya, sekiranya semua dakwaan itu betul, ia adalah satu kesalahan besar yang tidak cukup untuk dinafikan begitu sahaja.
"Tidak cukup dengan menafikan biarlah benda itu disiasat, sebab sudah
ada tuduhan yang dibuat, dan saya mesti mengambil tanggungjawab, tidak
boleh lari," katanya.
Annuar hari ini tampil secara sukarela ke SPRM untuk memberi keterangan
berhubung beberapa dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam isu
tajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrior (TRW)
sehingga membawa kepada penggantungan tugasnya sebagai pengerusi serta
merta pada Selasa lalu.
2 orang berkata:
Klu x ada nuar, dah lama pasukan bola kelantan tak masuk bertanding. Patutnya duit jual balak tu bagi la sikit kat team red warrior. Peminat red warrior pun undi parti unta jugak kan pak karammm.
Kelantan kan banyak duit. Hati2 tebang balak
Post a Comment