Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA UJUD JAWATANKUASA PAS AKAN LINGKUP KENA TIPU LAGI


Jawatankuasa teknikal pelengkap wujud persefahaman
Pas, Bersatu

KOTA BHARU - Perjanjian penubuhan jawatankuasa teknikal yang dimeterai Pas dan Bersatu pada 1 Februari lalu dilihat satu inisiatif untuk melengkapkan usaha mewujudkan persefahaman dan kerjasama politik antara parti-parti pembangkang.

Penganalisis Politik, Dr Rusdi Omar berkata, kerjasama politik ini dilihat akan merintis ke arah pembentukan permuafakatan politik yang lebih kukuh antara parti-parti pembangkang untuk berdepan BN secara satu lawan satu.

“Adakah ia akan menjadi kenyataan atau khayalan semata-mata? Bagaimanapun saya melihat usaha pembentukan permuafakatan dan kerjasama politik antara kedua-dua parti ini menjadi realiti.

“Masih samar dan sukar menjadi kenyataan kerana Pas terus berkeras untuk menolak kerjasama dengan parti-parti politik yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah, sebagaimana ditegaskan oleh pemimpin-pemimpin utama Pas sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Pertemuan Pas dan Bersatu 1 Februari lalu mencapai kata sepakat untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bersama bagi memperhalus draf rangka kerjasama persefahaman politik kedua-dua parti, ia juga boleh dianggap sebagai ‘penutup’ kepada segala kontroversi sebelum ini yang mengaitkan kedua-dua parti ini sudah tidak boleh bekerjasama.

Rusdi yang juga Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, tindakan Pas yang berterusan menolak DAP dan Amanah untuk bekerjasama dalam PRU14 memungkinkan kerjasama Bersatu dan parti itu juga terkubur walaupun kedua-duanya sudah capai kata sepakat untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bersama.

“Draf rangka kerjasama dan persefahaman politik ini juga akan diserahkan kepada pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk diperhalusi. Ini membawa makna yang jelas bahawa ia masih menunggu persetujuan peringkat tertinggi parti, untuk menentukan hala tuju sebenar kerjasama itu. Bermakna segala-galanya masih kabur dan di awang-awangan,” katanya.

Rusdi berkata, walaupun Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Azmin Ali optimis tentang kerjasama politik antara Pas dan Bersatu khususnya dalam menghadapi PRU14, dia merasakan sebaliknya.

“Saya pesimistik bahawa kerjasama politik ini boleh berjaya kerana syarat Pas yang tidak masuk akal sebelum ini apabila bertegas tidak akan bekerjasama dengan parti-parti politik yang ada hubungan kerjasama politik dengan DAP dan Amanah,” katanya.

Menurutnya lagi, adalah tidak logik untuk Bersatu tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah kerana parti itu telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan sebelum ini malah telah bersepakat untuk bekerjasama bagi menghadapi PRU14 nanti.

“Sama ada berjaya atau tidak, peluang untuk mewujudkan sebuah gabungan parti-parti politik pembangkang yang utuh dan kuat bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin mereka dalam menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang timbul.

Pendekatan mereka perlulah inklusif dan mengetepikan sikap partisan serta perbezaan ideologi serta mencari kebersamaan demi kepentingan semua pihak. Realitinya, permuafakatan atau kerjasama politik antara Pas dan parti-parti politik terutama dengan Bersatu ini masih jauh lagi,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Pas lingkup kan bagus.
Knapa nak risau?
Kat arab pun x ada pas

Anonymous said...

Umno dan Pas melingkup..Melayu dan Islam lebih selamat.

Anonymous said...

Jom gi apim bank ambik pitih

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.