Sudah duga Zaid Ibrahim akan sertai DAP
SHAH ALAM – Penyertaan Datuk Zaid Ibrahim bersama DAP bukan satu
kejutan tetapi sudah diduga kerana ia dilihat sebagai permainan politik
terancangan pakatan pembangkang, demikian menurut Ahli Majlis Tertinggi
Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.
Menerusi satu kenyataan kepada media, beliau berkata, penyertaan Zaid
adalah strategi DAP untuk menawan semula sokongan khususnya orang Melayu
yang sudah berpaling terhadap parti tersebut.
Beliau berkata, ini adalah usaha bagi mengaburi mata rakyat serta
menghilangkan ketakutan dalam kalangan orang Melayu terhadap parti
cauvinis DAP itu.
“Keputusan ini bukan kerana asas perjuangan Zaid yang kukuh, sebaliknya
adalah usaha untuk mengaburi mata rakyat serta menghilangkan ketakutan
khususnya dalam kalangan orang Melayu.
“DAP kini berdepan krisis keyakinan sokongan orang Melayu terhadap
parti itu cukup teruk. Apatah lagi keputusan Pas yang enggan kembali
bersama parti terbabit adalah satu tamparan yang cukup hebat buat DAP
dalam usaha meraih sokongan orang Melayu ditambah lagi kegagalan Parti
Amanah Negara (Amanah) memainkan peranan dalam menarik undi Melayu,”
katanya.
Jelasnya, kenyataan Pas yang secara terbuka mendedahkan wajah sebenar
DAP yang anti Islam cukup memberi kesan terhadap parti itu.
“Jadi, untuk mengurangkan sedikit ketakutan pengundi Melayu terhadap
DAP, maka sudah pasti membawa masuk tokoh-tokoh Melayu adalah satu
pendekatan munasabah.
“Oleh itu rakyat khususnya orang Melayu diingatkan supaya tidak terpedaya dengan permainan politik murahan DAP,” katanya.
Katanya lagi, apa yang menimpa Pas seharusnya menjadi iktibar.
“Apakah kita mahu menyokong sebuah parti yang bersikap perkauman dan anti Islam seperti mana didedahkan Pas.
“Saya yakin dan percaya rakyat sudah dapat membaca taktik terdesak DAP yang sedar PRU14 semakin hampir.
“Tanpa sokongan pengundi Melayu impiannya untuk menjadi Timbalan
Perdana Menteri seperti didedahkan sebelum ini tidak akan menjadi
kenyataan,” katanya.
Terdahulu Zaid mengesahkan menyertai DAP dalam satu sidang media di rumahnya di Petaling Jaya, hari ini.
Keputusan ini dibuat kerana beliau melihat DAP sebagai parti yang efektif menyelesaikan masalah rakyat.
7 orang berkata:
Rasanya bukan dap yg perkauman. Tapi parti unta
penyanjung DAP. Kerajaan Islam DAP terbaik bagi PAN
Jual agama dan perkauman dah tak laku skrg.
Budak lidah amno ni
Laku jugak. Unta beli
ZIKIR PAN BERKUMANDANG LAGI. PAN JUAL AGAMA. DAP BELI KR
Zikir walaun biol Pas hari2..PAN, DAP, PAN..Takbir!
Lebai2 90juta jual agama menipu pengikut2 1% IQ.
Post a Comment