Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH LAMA DIA BERBAU DAP

Sudah duga Zaid Ibrahim akan sertai DAP
Zaid Ibrahim
Zaid

SHAH ALAM – Penyertaan Datuk Zaid Ibrahim bersama DAP bukan satu kejutan tetapi sudah diduga kerana ia dilihat sebagai permainan politik terancangan pakatan pembangkang, demikian menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

Menerusi satu kenyataan kepada media, beliau berkata, penyertaan Zaid adalah strategi DAP untuk menawan semula sokongan khususnya orang Melayu yang sudah berpaling terhadap parti tersebut.

Beliau berkata, ini adalah usaha bagi mengaburi mata rakyat serta menghilangkan ketakutan dalam kalangan orang Melayu terhadap parti cauvinis DAP itu.

“Keputusan ini bukan kerana asas perjuangan Zaid yang kukuh, sebaliknya adalah usaha untuk mengaburi mata rakyat serta menghilangkan ketakutan khususnya dalam kalangan orang Melayu.

“DAP kini berdepan krisis keyakinan sokongan orang Melayu terhadap parti itu cukup teruk. Apatah lagi keputusan Pas yang enggan kembali bersama parti terbabit adalah satu tamparan yang cukup hebat buat DAP dalam usaha meraih sokongan orang Melayu ditambah  lagi kegagalan Parti Amanah Negara (Amanah) memainkan peranan dalam menarik undi Melayu,” katanya.

Jelasnya, kenyataan Pas yang secara terbuka mendedahkan wajah sebenar DAP yang anti Islam cukup memberi kesan terhadap parti itu.

“Jadi, untuk mengurangkan sedikit ketakutan pengundi Melayu terhadap DAP, maka sudah pasti membawa masuk tokoh-tokoh Melayu adalah satu pendekatan munasabah.

“Oleh itu rakyat khususnya orang Melayu diingatkan supaya tidak terpedaya dengan permainan politik murahan DAP,” katanya.

Katanya lagi, apa yang menimpa Pas seharusnya menjadi iktibar.

“Apakah kita mahu menyokong sebuah parti yang bersikap perkauman dan anti Islam seperti mana didedahkan Pas.

“Saya yakin dan percaya rakyat sudah dapat membaca taktik terdesak DAP yang sedar PRU14 semakin hampir.

“Tanpa sokongan pengundi Melayu impiannya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti didedahkan sebelum ini tidak akan menjadi kenyataan,” katanya.


Terdahulu Zaid mengesahkan menyertai DAP dalam satu sidang media di rumahnya di Petaling Jaya, hari ini.

Keputusan ini dibuat kerana beliau melihat DAP sebagai parti yang efektif menyelesaikan masalah rakyat.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Rasanya bukan dap yg perkauman. Tapi parti unta

Anonymous said...

penyanjung DAP. Kerajaan Islam DAP terbaik bagi PAN

Anonymous said...

Jual agama dan perkauman dah tak laku skrg.

Anonymous said...

Budak lidah amno ni

Anonymous said...

Laku jugak. Unta beli

Anonymous said...

ZIKIR PAN BERKUMANDANG LAGI. PAN JUAL AGAMA. DAP BELI KR

Anonymous said...

Zikir walaun biol Pas hari2..PAN, DAP, PAN..Takbir!

Lebai2 90juta jual agama menipu pengikut2 1% IQ.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.