Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

wanita mistri di hospital KL



 
Polis cari wanita mencurigakan berlegar di HKL
HKL
Hospital Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang wanita yang dilaporkan berada di kawasan sekitar Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan mencurigakan malam tadi.

Wanita itu dilihat berlegar-legar di kawasan perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), dan anggota keselamatan HKL yang melihatnya dalam keadaan mencurigakan, telah membuat laporan polis pada 9.56 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman dalam satu kenyataan berkata laporan mengenai wanita itu, dibuat bersekali dengan lelaki warga Korea Selatan, yang turut berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.

"Polis telah menahan dan merakam percakapan lelaki itu yang merupakan wartawan Korea Broadcasting System (KBS) dan mempunyai pas media sah," katanya.

Lelaki itu dilepaskan setelah percakapannya dirakam manakala polis masih mengesan wanita berkenaan, bagi membantu siasatan, katanya dalam kenyataan itu.

Jurukamera KBS itu ditahan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Jenayah Daerah Dang Wangi, DSP M. Gunalan selepas empat kenderaan pacuan empat roda polis bersama sepasukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) tiba di situ pada pukul 1.40 pagi.

Mohd Sukri berkata ekoran kejadian itu, kawalan keselamatan di IPFN dipertingkatkan, dengan menempatkan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).

Puluhan petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di IPFN sejak minggu lepas bagi membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup kain dipercayai mengandungi cecair beracun pada 13 Feb lepas.


 

6 orang berkata:

Anonymous said...

Lebai misteri di IJN. Dikabarkan seekor lebai sedang berkeliaran di kawasan tempat letak kereta IJN sambil mengheret karung karung. Hasil siasatan telah mendapati karung karung tersebut dipenuhi wang kertas, dipercayai jumlahnya bernilai RM90juta.

Anonymous said...

Guna nama Husam berani. Ajak Husam datang mcm berani. Sekali Husam datang semua kecut telo.

Anonymous said...

Siapalah pemuda misteri yg bakar bendera dap itu? Kenapa tak serah kpd polis? Susahkan dia dipecat kerana terlupa tak tangga bendera di leher?

Adakah dia ahli parti yg menggemari tengkorak?

Anonymous said...

Kat FB, kat blog, kat luar bukan main hebat kutuk Husam, menfitnah Husam pondan. Bila Husam datang semua untaa jadi pondan.


Apa la pondan....

Anonymous said...

Tak da sibik betol pondan. Suda ajak datang ruma, sampai ruma dia halo.

Anonymous said...

Pondan tua tu Hadi dan pak walaun sendiri..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.