Polis cari wanita mencurigakan berlegar di HKL
KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang wanita yang dilaporkan
berada di kawasan sekitar Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan
mencurigakan malam tadi.
Wanita itu dilihat berlegar-legar di kawasan perkarangan Institut
Perubatan Forensik Negara (IPFN), dan anggota keselamatan HKL yang
melihatnya dalam keadaan mencurigakan, telah membuat laporan polis pada
9.56 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman
dalam satu kenyataan berkata laporan mengenai wanita itu, dibuat
bersekali dengan lelaki warga Korea Selatan, yang turut berada dalam
keadaan mencurigakan di kawasan itu.
"Polis telah menahan dan merakam percakapan lelaki itu yang merupakan
wartawan Korea Broadcasting System (KBS) dan mempunyai pas media sah,"
katanya.
Lelaki itu dilepaskan setelah percakapannya dirakam manakala polis
masih mengesan wanita berkenaan, bagi membantu siasatan, katanya dalam
kenyataan itu.
Jurukamera KBS itu ditahan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Jenayah
Daerah Dang Wangi, DSP M. Gunalan selepas empat kenderaan pacuan empat
roda polis bersama sepasukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang
(STAFOC) tiba di situ pada pukul 1.40 pagi.
Mohd Sukri berkata ekoran kejadian itu, kawalan keselamatan di IPFN
dipertingkatkan, dengan menempatkan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah
Terancang (STAFOC).
Puluhan petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di IPFN sejak
minggu lepas bagi membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang
pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila
diserang dua wanita dengan mukanya ditekup kain dipercayai mengandungi
cecair beracun pada 13 Feb lepas.
6 orang berkata:
Lebai misteri di IJN. Dikabarkan seekor lebai sedang berkeliaran di kawasan tempat letak kereta IJN sambil mengheret karung karung. Hasil siasatan telah mendapati karung karung tersebut dipenuhi wang kertas, dipercayai jumlahnya bernilai RM90juta.
Guna nama Husam berani. Ajak Husam datang mcm berani. Sekali Husam datang semua kecut telo.
Siapalah pemuda misteri yg bakar bendera dap itu? Kenapa tak serah kpd polis? Susahkan dia dipecat kerana terlupa tak tangga bendera di leher?
Adakah dia ahli parti yg menggemari tengkorak?
Kat FB, kat blog, kat luar bukan main hebat kutuk Husam, menfitnah Husam pondan. Bila Husam datang semua untaa jadi pondan.
Apa la pondan....
Tak da sibik betol pondan. Suda ajak datang ruma, sampai ruma dia halo.
Pondan tua tu Hadi dan pak walaun sendiri..
Post a Comment