Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

1 OGOS DI TERUSKAN

Salam,

Mungkinkah 1 Ogos 09 menjadi sejarah di dalam negara ? MUngkinkah ramai yang akan hadir untuk tunjuk perasaan ANTI ISA ? Semuanya akan terjawab pada hari tersebut

Polis sudah berikan amaran jangan buat tunjuk perasaan anti ISA akan tetapi penganjur tetap juga hendak adakan demi demokrasi tidak mati di dalam negara, garis panduan telah di edarkan supaya tiada berlaku kekecohan pada hari tersebut dan pehak penganjur juga telah memohon kepada polis supaya memberikan kerjasama

Demokrasi membenarkan perasaan rakyat di pertontonkan supaya negara tidak di lihat sebagai sebuah negara otokrasi yang boleh terjejas pada pandangan mata dunia luar, demokrasi adalah atas acuan yang di amalkan oleh negara sendiri dan rakyat mengikut saja sistem demokrasi itu akan tetapi apabila amalan demokrasi itu hendak di amalkan oleh rakyat maka tidaklah patut ianya di halang oleh mana-mana pehak yang terdapat di dalam negara

Bolehlah saya katakan di sini sebagai "Bukan salah ibu mengandung akan tetapi salah badan yang buruk pinta" Demokrasi boleh di terima secara terbuka di negara ini namun apabila ada satu sistem (ISA) yang di anggap berfaedah kepada kerajaan akan tetapi apabila ia di lihat menjejaskan amalan demokrasi maka tentulah rakyat akan bangun untuk memperbetulkannya supaya kerajaan tidak berlaku terus menzalimi demokrasi

Rakyat tahu apa itu demokrasi yang di perkenalkan oleh kerajaan, dan rakyat tahu juga apa itu ISA yang di anjurkan oleh kerajaan juga, kedua-dua sistem ini di lihat oleh kerajaan memberikan faedah kepada mereka, demikian juga pada pandangan rakyat di negara ini yang melihat kedua-dua sistem ini bercanggah diantara satu dengan yang lain maka rakyat akan bangun untuk memperbetulkannya demi demokrasi juga rasanya ia tidak salah

Pehak keselamatan memandang tunjuk perasaan ini sebagai membosankan dan memenatkan mereka kerana rosaknya sistem demokrasi tersebut namun apa yang mereka boleh buat kerana tugas mereka adalah "POLIS SEDIA BERKHIDMAT" dan moto inilah yang memenatkan tugas mereka oleh sistem yang berkecelaru yang di ujudkan oleh kerajaan sendiri, pehak keselamatan tidak boleh nak salahkan para tunjuk perasaan kerana itu tugas rakyat untuk memperbetulkan demokrasi di dalam negara

Pehak keselamatan boleh menegur sistem demokrasi yang telah di jejaskan oleh ISA namun tiada siapa yang berani nak kemukakan hal ini dengan kerajaan kerana mungkin mereka pula nanti di peringatkan oleh orang yang berkepentingan supaya pehak keselamatan melihat dan memahami moto yang mereka junjung ertinya jangan cakap buat saja apa yang di perintah lalu mereka tutup mulut dan menikus, apa yang kita tak mahu dengar ialah pehak keselamatan melepaskan geram mereka kepada kerajaan lalu mensasarkannya pula kepada orang ramai

ZALIMKAH ISA ?

Mengikut sistem demokrasi ISA adalah zalim iaitu tahan tanpa perbicaraan, ikut undang-undang apapun ianya tetap zalim dan tidak bertamadun, apakah sistem ini sesuai berada di dalam sebuah negara demokrasi yang mempunyai pasukkan keselamatan yang canggih, menteri dalam negeri yang canggih, mahkamah yang canggih, pendakwa raya atau pun tak raya yang canggih, perisik yang canggih dan semuanya serba canggih akan tetapi mengapa tak gunakan yang canggih itu dan zalaim juga yang menjadi pilihan ?

Semua orang tahu bahawa sistem ISA adalah untuk menyelamatkan sesebuah kerajaan secara mudah dan berkesan akan tetapi ianya bersifat zalim dan tidak dapat di terima oleh akal yang waras demi keadilan juga keselamatan terhadap rakyat dan negara, yang terbaiknya ikutlah demokrasi yang di cipta oleh kerajaan sendiri dan jangan bubuh titik hitam pada sistem demokrasi tersebut dan berlaku ikhlaslah dalam masalah ISA ini

3 orang berkata:

Yes2ISA said...

Kami yg menyokong juga ada hak untuk berdemonstrasi.

Jumpa di sana pada 1 Ogos.

GMI, jgn bermain api

Anonymous said...

1Ogos Malaysia

Anonymous said...

jgn bermain api, bunga api pun jgn...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.