Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADUUUYAI ! ADA PULA YANG TAK PUAS HATI !

Salam,

Pak Karamu ada terima berita yang tak puas hati tentang bab Etika yang Pak Karamu kaitkan dengan Hizbullah (kumpulan Allah) dan Hizbus syaitan (kumpulan syaitan) ketika mengulas pandangan Tan Sri Harussani, mereka suruh Pak Karamu dedahkan nas di dalam Al Quran jika benar ada, jika ada bagaimana ? nak masuk PAS ke ?

Yang timbulkan perkataan Etika ini ialah Tan Sri Harussani (rujuk Mingguan Malaysia ahad 28 Jun 09 muka surat 7) Tan Sri sebut Etika islam dan Etika syaitan, Etika ini bermaksud adab atau akhlak, ertinya dia sentuh akhlak islam dan akhlak syaitan, yang di tujukannya berhubung dengan perselisihan PAS dan UMNO kerana tidak mahu berbaik-baik yang dia anggap berpatah arang dan berkerat rotan

Di dalam Al Quran pada surah Al Mujaddalah ayat 19 membawa maksud " Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati ajaran dan amaran Allah, mereka itulah puak (kumpulan) syaitan dan ayat 20 dari surah ini pula Allah menerangkan "Sesungguhnya orang yang menentang perintah Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina"

Ayat dari surah Al Mujaddalah di atas terang menunjukkan ujud kumpulan syaitan jenis manusia yang sifat mereka seperti di ayat yang di atas dengan menunjukkan istilah kaum atau kumpulan syaitan itu dengan perkataan Hizbussyaitan, sila buka Quran

Sementara Hizbullah (kumpulan Allah) pula Allah menyebutnya pada akhir ayat 22 dari surah ini yang bermaksud "Merekalah menyokong-penyokong agama Allah, ketahuilah sesungguhnya penyokong agama Allah itu ialah orang-orang yang berjaya " ini bermakna di dalam Al Quran ini memang ada perkataan Hizbullah dan Hizbus syaitan dan di sebut juga akan sifat dan sikap mereka

Saya mentafsirkan pada artikal yang lepas bahawa Etika islam adalah orang-orang yang berada di dalam kumpulan Allah iaitu Hizbullah ialah orang yang memperjuangkan agama Allah dan kumpulan syaitan adalah mereka yang menentang ajaran agama dan tidak mahu menjadikannya dasar perjuangan mereka, adapun dasar perjuangan itu ialah Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias

Cuba baca blog PERISIK RAKYAT tentang siapa Tan Sri kita tuuuu !

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.