Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ULAMA TIADA TEMPAT ....

Salam,

Peranan ulama di dalam kerajaan yang cara pemerintahnya tidak bertunjang kepada dasar islam akan di lihat sebagai tidak penting dan di anggap mendatangkan serba salah kepada mana-mana pemerintah di negara ini kerana peranan mereka hanya di perlukan pada masa-masa tertentu dan bermusim sahaja, kerana itu kita dapat melihat di kalangan mereka yang terpilih hanya di amanahkan dengan tugas tidak penting

Di negara ini peranan orang yang faham agama jika di lantik dan di berikan tugas maka tugas tersebut hanyalah sebagai syarat jangan di katakan orang agama di belakangkan maka pehak pemerintah terpaksa mengambil mereka bertugas dan meletakkan mereka di tempat yang tidak penting oleh kerana itu orang agama tidak pernah di amanahkan menjaga kewangan negara, pertahanan negara, keselamatan negara, kesihatan negara, pelajaran negara dan sebagainya

Orang agama hanya di berikan amanah duduk di jabatan perdana menteri sahaja sebagai kononnya untuk menjaga agama pada hal kita sudah ada sultan, mufti, Jakim dan jabatan agama islam di setiap negeri di negara ini, mereka yang di lantik sebagai menteri akhirnya mereka akan menjadi pegawai-pegawai badan-badan berkanun sahaja lepas itu mereka bersara, mereka tidak pernah di berikan peluang untuk mentadbir kepada jabatan yang lebih penting di dalam negara ini

Di negara ini ulama di pandang sebagai golongan yang kurang penting dan memberi serba salah kepada pentadbiran mereka dan di waktu yang sama mereka merasa takut dengan golongan agama yang memperjuangkan islam untuk mengambil alih pentadbiran negara ini kerana golongan agama ini jika mereka di berikan peluang oleh rakyat maka segala jabatan yang penting akan di pegang oleh mereka dan di sana akan memberi banyak rahsia akan di perolehi sama ada pentabdiran mereka telus ataupun tidak




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.