Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADEH ! RAMAINYA KELUAR PKR

Salam

SEPATUTNYA JIKA NAK MASUK JADI AHLI PARTI TENGOKLAH DULU DASAR PARTI, BUKAN TENGOK PIMPINAN PARTI, BILALAH ORANG MELAYU NI NAK JADI PANDAI

KUANTAN 20 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota, hampir lumpuh apabila 300 ahlinya mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai UMNO hari ini. Tindakan keluar parti itu telah diketuai oleh Pemangku Ketua Cabang iaitu Ibrahim Sidek (foto). Turut berbuat demikian ialah Naib Ketua Wanita PKR Pahang sendiri iaitu Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanita PKR, Fadzilah Abd Wahab

Tindakan ini menyebabkan Wanita PKR Pahang juga mungkin bakal lumpuh kerana kedua-dua mereka adalah pendokong kuat wanita PKR Negeri Pahang sebelum ini sebenarnya. Kesemua mereka kemudian menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof dalam satu majlis ”Sirih Pulang ke Gagang” di Kolej Shahputra dekat sini. Ibrahim, yang menyertai PKR selama 11 tahun, berkata, keputusan keluar parti itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan mementingkan kepada perjuangan individu sahaja. Dalam pemilihan PKR 2010 yang lalu, Ibrahim berjaya menewaskan Kamarulzaman Yunus bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang itu. Beliau memangku tugas Ketua Cabang Indera Mahkota berikutan tindakan drastik pucuk pimpinan parti menghantar Ketua Cabang dan juga Ahli Parlimen kawasan itu iaitu Azan Ismail ke Terengganu.

Difahamkan, Azan telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Terengganu dalam rombakan yang dilakukan PKR awal tahun ini. Kemungkinan besar Ibrahim kecewa dengan keputusan tersebut lantas mengambil keputusan drastik ini.

Sebelum ini memang sudah timbul ura-ura beberapa pemimpin PKR Pahang bakal meninggalkan parti itu ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau 

1 orang berkata:

anakmuaallaf said...

masuk keluar masuk keluar..masuk angin keluar asap..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.