POKOKNYA IALAH IJAB KABUL, SAKSI DAN RUKUN NIKAH YANG LAINNYA, TAK PERLU BANYAK KERENAH DENGAN MENGELUARKAN BERBAGAI HUKUM
KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
5 orang berkata:
Kadang-kadang aku pelik dengan orang ugama ni. Nikah di Masjid tu ustaz masa krusus perkhawinan tu yang suruh. Orang awam tak memandai buat hukum sendiri. Orang ugama sepatutnya menghalang amalam haram dalam pernikahan. seperti kawin tampa nikah. nikah tanpa wali yang sah, nikah lari ke lombok atau ke batam, ke siam. Banyak lagi masalah kronik dalam masyarakat yang perlu di selesaikan. jangan berbalah perkara yang titik bengik.
hang pelik, gue tak pelik langsung dgn geng wahabi ni..cari issue remeh temeh aje...supaya berlaku complik dalam masyarakat..dia hanya kata nikah d masjid tak sunnah and ikut amalan kristian..so, apa solusi nye..tak ada kan..sebab dia suka cari popular ,,lempar batu sembunyi tangan..lepas ni nikah d mana????
Tak sunnah..tapi dgn nikah d masjid banyak kebaikan and amalan yg baik..contoh..yg tak pakai tudung..terpaksa pakai tudung..bila time sholat kena sholat..kena ambil wuduk, melatih bakal pengantin supaya selalu and biasakan diri ke masjid and kenal dgn juru nikah atau pun imam..bolih menheratkan siratulrahim..maybe,,,yg nikah dua ke tiga pasangan,,kan meriah tu..
Saya setuju supaya Nikah di Masjid bukanlah,satu amalan budaya kepada umat Nabi Muhammad saw di Malaysia yang meniru-niru (+-)???
Adalah jelas dan terang berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi adalah tidak menyimpang dan meyesatkan kehidupan Dunia dan Akhirat... kelak
..kan elok,meriah dan berkah nikah jer di rumah keluarga pengantin perempuan... dikelilingi keluarga,sahabat handai dan rakan-rakan
Jika nak nikah di Masjid yang tak pakai kerudung ..dah pakai dan yang tak solat Fardhu,hanya solat sunat Tahyatul Masjid pulak... lepas tu selesai nikah semua kerudung dah dilepaskan,bila tiba waktu Azan solat Fardhu di Masjid nak masuk,tapi macam tak dengar jer ..bagaimana ???
Islam itu Addin...
jangan la lawan apa Nabi kata. Terbatal iman nanti.
ikut ustaz2 tak semestinya betul. ikut mak ayah pun tak semestinya betul.
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah “, mereka menjawab: “(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya “. - Al-Baqarah 170
dalam Quran, Allah dah bagitau, ada segelintir manusia yang degil nak ikut adat jugak ketepikan ugama. Allah pesan, jangan jadi macam ni.
Mufti Perlis tu bagitau apa yang Nabi tak buat je. Kalau dah Nabi pun tak buat, ada lah sebabnya. Kalau ko pikir ada amalan yang lagi bagus dari amalan Nabi yang ko boleh tambah2 sendiri, ko jadi Nabi la sendiri.
"Mufti Perlis tu bagitau apa yang Nabi tak buat je. Kalau dah Nabi pun tak buat, ada lah sebabnya. Kalau ko pikir ada amalan yang lagi bagus dari amalan Nabi yang ko boleh tambah2 sendiri, ko jadi Nabi la sendiri."
Mufti tu yang kata, tapi apa hadisnya? kenapa tak disebut riwayat siapa, catatan dalam kitab hadis mana?
alih2 dia kata zaman nabi berlaku satu kes orang nikah dalam masjid. itu maknanya, nabi tak larang, jadi hukumnya harus dan ada pula bukti dan dalilnya. kalau nabi larang, tentulah kes tu tak berlaku. cukuplah satu dalil, yang kata nabi larang tu, apa peristiwa nya?
Post a Comment