Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKIBAT MEMPERTAHANKAN KUASA ZALIM AKHIRNYA ....

Libya: 48 Terkorban, 150 Cedera, Cina Kecam Serangan Ke Atas Libya


Serangan udara peringkat pertama tentera perikatan kuasa Barat di beberapa bandar di Libya telah mengakibatkan 48 orang terbunuh dan 150 lagi cedera di kawasan “orang awam”, dakwa televisyen kerajaan hari ini. Libya menyifatkan serangan itu pencerobohan musuh.

Perikatan lima negara melancarkan serangan ke atas negara utara Afrika itu lewat semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia).

Kenyataan pihak tentera Libya berkata ibu negara Tripoli dan Sirte, Benghazi, Misrata dan Zuwarah terjejas ekoran serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi Odyssey Dawn.  Lebih 110 peluru berpandu dilepaskan dari kapal perang dan kapal selam Amerika Syarikat dan Britain. Turut menyertai kempen itu yang diperakui PBB ialah Perancis, Kanada dan Itali.

SEMENTARA ITU, Kementerian Luar Negeri Cina mengecam serangan udara yang dilakukan pasukan perikatan terhadap Libya, Minggu (20/03/11)  Dalam sebuah pernyataan Cina menyatakan terus mengikuti perkembangan di Libya dan menyebut serangan tersebut mengganggu hubungan antarabangsa. Rusia juga mengeluarkan pernyataan serupa dan meminta agar ada gencatan senjata secepatnya.

Bagaimanapun pernyataan Cina tidak menyebutkan perihal gencatan senjata dan menekankan kalau Cina menghormati "kedaulatan, kemerdekaan, persatuan dan integriti kawasan Afrika Utara. "Kami mengharapkan Libya dapat segera membangunkan kestabilan dan mencegah adanya korban orang awam akibat peningkatan konflik bersenjata," demikian isi pernyataan tersebut.

Seperti yang dilaporkan sebelumnya pasukan perikatan AS, Perancis dan Britain menyerang Libya dengan misil dari udara maupun laut guna mendesak pelaksanaan larangan bebas terbang dan perlindungan bagi pemberontak dari serangan pasukan Muammar Gaddafi.

Cina dan Rusia merupakan negara terkuat yang menyampaikan pendapat yang bertentangan dengan aksi militer di Libya diantara 15 anggota Majlis Keselamatan PBB  Meski demikian, keduanya tidak menghalang resolusi PBB untuk melaksanakan operasi tersebut melalui mekanisme hak veto. Keduanya hanya tidak memberikan suara ketika resolusi dijatuhkan.

Perancis dan Britain sebelumnya mendorong pelaksanaan larangan terbang dan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy menulis kepada ketua pemerintahan semua anggota Dewan Keselamatan untuk mendokong tindakan tersebut  Cina menyatakan tidak memberikan suara kerana menganggap tindakan tersebut mencampuri urusan dalam negeri negara lain.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.