INILAH WAJAH PEMIMPIN YANG DIHAMBAT SAMPAI KELUBANG KUBUR OLEH BN/UMNO
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menafikan bahawa beliau adalah individu dalam rakaman video perlakuan aksi seks yang didedahkan kepada media pagi tadi.
Beliau menegaskan semasa rakaman itu dilakukan, beliau berada di rumah bersama-sama dengan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; kakitangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), anak-anak, dan cucu sambil mengakses ke laman sosial 'Tweeter' pada hari dan waktu tersebut. Rakaman video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam."Ini adalah serangan bermotifkan politik ke atas saya," katanya pada sidang media petang tadi.
Anwar sempat berjenaka dengan wartawan apabila berdiri dan menunjukkan perutnya yang kempis, sama sekali berbeza daripada lelaki yang didakwa menyerupai beliau dalam video itu.
"Gambar mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit dari saya," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat KEADILAN, Damansara.
Sementara itu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata, tiada sebab untuknya berundur daripada jawatannya sekarang.
P/s: Kantoi! Logikkah orang yang sedang bergelut dengan konspirasi fitnah dan menyedari pergerakannya diperhatikan melanggan pelacur? Lain kali dakwalah video ini dibikin sebelum drama liwat. Nampaklah "real" sikit!
0 orang berkata:
Post a Comment