Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GEMPA JEPUN , HAMPIR 1400 ORANG MATI

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengesahkan berlaku letupan di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi. Menurut Edano, Tokyo Electric Power Co bercadang mengiisi kebocoron reaktor di pusat tenaga Fukushima Daiichi dengan air laut bagi menyejukkannya dan mengurangkan tekanan unit berkenaan.

"Reaktor nuklear itu dikelilingi oleh bekas reaktor keluli, yang kemudiannya dikelilingi oleh bangunan konkrit,” katanya. "Bangunan konkrit itu tumbang. Tetapi kami dapati reaktor di dalamnya tidak meletup "Kami juga sahkan bahawa reaktor nuklear tidak musnah. Letupan tidak berlaku di dalam bekas reaktor itu. Oleh demikian, jumlah radiasi yang tersebar luar tidak besar,” katanya di Tokyo. 
 
"Ketika ini, tiada perubahaan ketara berhubung tahap radiasi yang tersebar di luar (daripada sebelum letupan), jadi kami minta orang ramai supaya bertenang,” kata Edano.Katanya, proses mengisi air laut ke dalam simpanan reaktor akan mengambil masa lima hingga 10 jam dan sekitar 10 hari bagi melengkapkan proses berkenaan termasuk mengunakan asid boric bagi menghalang kritikaliti.
 
Menurut Edano, pihaknya sedang mengkaji punca letupan itu dan situasinya dan serta akan membuat pengumuman kepada orang ramai apabila mendapat maklumat lanjut. Sebelum itu pada kira-kira jam 3.30 waktu tempatan, satu letupan kedengaran di sebuah loji nuklear di Sendai, Jepun yang menimbulkan kebimbangan reaktor itu akan musnah dan menyebabkan bahan radioaktif tersebar.

japan tsunami and earthquake 2011 nuclear power plant fukushima no 1
Menurut Tokyo Power Electric Co yang menguruskan Loji Fukushima Dai-ichi di Sendai menyatakan tidak pasti letupan di loji berkenaan yang menyebabkan satu dindingnya runtuh, mengandungi reaktor nuklear.Bagaimanapun mereka mengesahkan empat pekerja tercedera akibat kejadian itu. Paparan TV Jepun menunjukkan salah satu dinding bangunan terbakar hangus dengan hanya meninggalkan rangka besinya.

Jurucakap kerajaan, Yukio Edano menyatakan semua penduduk dalam lingkungan 10 kilometer dari loji berkenaan patut dipindahkan. Walaupun berdepan dengan kemusnahan, wakil Suruhanjaya Keselamatan Nuklear Jepun Ryohei Shiomi berkata ia tidak akan merebak dari lingkungan 10 km dan kebanyakan 51 ribu penduduk di sekitar telahpun dipindahkan.

Pasukan keselamatan Jepun termasuk lebih 50 ribu tentera dikerah membantu bagi memastikan kemalangan dan kebakaran dapat diatasi serta menyelamatkan mangsa akibat bencana alam paling teruk dalam tempoh 140 tahun ini. Kadar rasmi kematian setakat jam 5 petang waktu tempatan ialah 413 dengan 784 disahkan hilang dan 1,128 tercedera.

Bagaimanapun media tempatan melaporkan lebih dari 1,300 terbunuh. 200 hingga 300 mayat dijumpai di pantai Sendai, bandar paling hampir dengan pusat gempa bumi semalam. Lebih 215 ribu rakyat kini berlindung di 1,350 pusat pemindahan di lima wilayah berbeza. Impak sebenar masih tidak dapat dikenal pasti.

Kemusnahan teruk dilaporkan di wilayah Miyagi kerana gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter semalam dan tsunami yang memusnahkan pelbagai kawasan terutamanya di bandar Sendai dan kawasan timur Jepun.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.