MENGAPA KERAJAAN MENGINAYA RAKYAT DALAM PERKARA SAMAN EKOR ?
Nampaknya isu saman ekor ini jelaslah bahawa kerajaan ada aginda tersembunyi dengan agensinya iaitu JPJ untuk mengerah mereka mencari hasil pendapatan negara tambahan secara tidak betul yang melibatkan juga pehak polis trafik, kedua-dua agensi ini dijadikan oleh kerajaan BN/UMNO sebagai kuda tunggangan mereka seolah-olah kedua-dua agensi kerajaan ini disuruh merompak wang hasil dari keringat rakyat
Di Parlimen Malaysia pengurusi anti saman ekor (kase) Dato' Mahfuz Omar berkata saman yang dikutip oleh kerajaan adalah tidak mengikut undang-undang yang sah dan menyenarai hitamkan pemilik kenderaan yang tidak membayar saman adalah salah mengikut sec 17(1)d Perkara 13 perlembagaan Persekutuan, ini bermakna perbuatan agensi kerajaan memaksa pemilik kenderaan membayar saman adalah pekerjaan dan perbuatan melampau batas pri kemanusiaan
Rakyat di ugut oleh kerajaan dengan memaksa mereka membayar saman, sebenarnya rakyat tidak mahu disusahkan dengan kerenah dan tidak suka bising kerana mereka tidak suka membuang masa kerana menguruskan kerja yang sepatutnya tidak ada didalam senarai tugas harian mereka kerana itu mereka bayar saman, rupa-rupanya masa dan tenaga mereka pergi membayar saman itu adalah kerja sia-sia disamping hilang pendapatan kerana mengikut arahan kerajaan yang zalim yang mahu juga wang rakyat secara haram
Perbuatan kerajaan bagaikan kumpulan samseng yang mengenakan pau terhadap mangsanya, kumpulan samseng adalah pertubuhan haram dan gelap, pertubuhan kerajaan yang menggunakan agensinya adalah pertubuhan gelap didalam terang, apa yang telah berlaku adalah kerajaan BN/UMNO telah menginaya rakyat dengan menggunakan agensinya JPJ dan juga Polis, mereka seolah-olah mengutip cukai secara haram untuk menampung sumber kewangan negara yang sudah tenat
Pakatan Rakyat berjaya membongkar kerja sial kerajaan ini di Parlimen melalui wakilnya iaitu Dato Mahfuz Omar wakil rakyat dari Pokok Sena dan mahkamah berjaya membuktikan amalan kerajaan BN/UMNO ini adalah tidak sah, yang paling menghairankan mengapa tidak ada seorang menteri, atau ahli Parlimen dari BN/UMNO yang berusha menangani masalah rompakan kerajaan ini, adakah mereka telah di maklumkan oleh kerajaan supaya menutup mulut ?
Isu saman ekor sekarang ini sudah menjadi ISU NEGARA kerana ia melibatkan kerajaan dan agensinya melakukan amalan yang jahat dan salah dengan memerah wang hasil keringat rakyat secara jahat dan tipu, apa yag penting sekarang kerajaan mestilah memulangkan wang yang mereka kutip secara haram dan kerajaan yang ada wajib ditumbangkan pada PRU 13 nanti andainya rakyat tidak lagi mahu ditipu oleh kerajaan BN/UMNO
0 orang berkata:
Post a Comment