Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LIWAT II

[KD] KUALA LUMPUR: Ahli Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Razuin Rahimi dalam keterangannya hari ini meragui pemeriksaan yang dilakukan beliau sebelum ini terhadap pengadu, Mohd Saiful Bukhari  Azlan. Malah saksi pendakwa ke-23 yang juga doktor keempat dari HKL itu menyatakan beliau tidak pasti berlakunya sodomi ke atas pengadu.

Menurut Dr Razuin, dalam borang proforma, beliau menandakan aduan pengadu sebagai ‘percubaan’ liwat. Ini kerana menurut Dr Razuin, beliau tidak pasti penestrasi seperti didakwa Saiful sampai sehingga ke bahagian rektum ataupun tidak. “Jika ia sampai, sudah pasti saya menandakannya sebagai ‘berlaku’ seks rektal,” katanya yang kini merupakan Ahli Patologi Forensik di Hospital Sungai Buloh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ketua pasukan peguam cara, Karpal Singh.Lebih teruk lagi, Dr Razuin turut terkedu sebaik diasak Karpal yang meminta pengesahan Dr Razuin bahawa tidak berlaku liwat kerana dalam borang proforma cuma tertulis ‘percubaan’.

Berikut adalah jawapan Dr Razuin kepada mahkamah.

Karpal: Bukankah seks rektal itu sodomi (liwat)?

Dr Razuin: Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

Karpal: Rektum bukan sebahagian daripada dubur?

Dr Razuin: Tidak Yang Arif.

Karpal: Untuk sampai ke rektum kita perlu melalui dubur bukan?

Dr Razuin: (Senyap)

Terdahulu, Dr Razuin juga mendakwa sebahagian tulisan dalam borang proforma diisi pegawai penyiasat, Jude Pereira.

Beliau juga tidak ingat secara tepat bila kenyataannya dirakamkan  Pereira namun beliau mengingati beliau ditemui Pereira sebanyak dua kali, pertama sekitar Januari 2011 dan kedua kira-kira tiga minggu lalu di kampungnya.

P/s: Apa sudah jadi? Kalau anda baca laporan keterangan yang sama di TMI, Dr Razuin menyatakan bahawa Saiful mengaku berlaku penetrasi penuh di juburnya. Namun apabila diperiksa doktor Dr Razuin tidak pasti sama ada berlaku atau tidak penetrasi tersebut. Apa sudah jadi?

Lebih menarik, berdasarkan laporan di atas, Dr Razuin mendakwa pegawai penyiasat mengisi sebahagian daripada borang profarma. 

1 orang berkata:

Dama-Ulan said...

huhuhu... pas nie Tuan Jude Pereira bleh dpt title Doktor plak.. Tuan Dr. Jude Pereira...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.