Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NGO desak ambil DNA Anuar Ibrahim


Mohd. Mustaffa Hamzah (kanan) melahirkan rasa kesal terhadap Anwar Ibrahim kerana enggan menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah pada sidang akhbar Gabungan NGO Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Mac – Desakan agar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara sukarela bagi menyelesaikan misteri lelaki ‘Y’ terus disuarakan lebih 30 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun di Hotel Grand Seasons, di sini hari ini.

Malah, kesemua yang hadir pada perhimpunan anjuran Gabungan NGO Malaysia (GNM) itu turut sependapat meminta mahkamah serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kuasa bagi mendesak Ketua Pembangkang tersebut berbuat demikian sekiranya beliau masih berdegil.

Menjelaskan desakan NGO-NGO itu, Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia, Syahril Abdul Aziz berkata, ia bukan bertujuan melangkaui kehakiman negara.“Kami pelik kerana seakan-akan ada kekebalan pada Anwar. Mengapa susah hendak mendapatkan sampel DNA daripadanya. Kalau individu biasa rasanya tidak sesukar begitu.

“Kalau dibiarkan begini, maka akan ada ramai pesalah liwat dan rogol pada masa hadapan yang tidak akan membenarkan DNA mereka diambil bagi menyelesaikan kes. Alasannya kerana Anwar juga tidak beri,” katanya. Antara wakil NGO yang hadir ialah Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah, Naib Presiden Pertubuhan Alumni Belia 4B Malaysia, Razali Latif serta Presiden 

Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar.
Sementara itu, Pengerusi GNM, MD. Radhi Daud meminta Anwar agar tidak menyukarkan perkara yang sememangnya mudah untuk diselesaikan
.
“Pepatah mengatakan berani kerana benar. Jadi Anwar tidak perlu takut kerana dia mendakwa difitnah. Berilah sampel DNA agar segala persoalan terjawab dalam waktu yang singkat.

“Usahlah berpolitik 24 jam sehari hingga hujung tahun. Ini adalah petanda yang tidak baik. Kita faham perkara termaktub dalam undang-undang dan disebabkan itu, ia tidak perlulah dipolitikkan,” katanya. Bagi Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd. Mustaffa Hamzah tindakan Anwar yang enggan berbuat demikian hanya menambah kesangsian rakyat terhadap beliau.

“Jika sebelum ini dia berpidato tentang keadilan dan menyatakan kerajaan sekarang tidak mengamalkan keadilan, maka hari ini kami warga marhaen menuntut keadilan ke atas bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

“Kenapa perlu takut jika beliau tidak melakukan perkara itu? Kami berhimpun bukan atas dasar kepentingan peribadi tetapi untuk ‘menyekolahkan’ Anwar bagi menegakkan keadilan,” katanya. Ditanya tidakkah para pemimpin NGO berkenaan gentar dengan tindakan peguam Anwar, Karpal Singh membuat permohonan agar dikenakan tindakan menghina mahkamah terhadap mereka yang mendesak Ketua Pembangkang itu menyerahkan DNA baru-baru ini, Arman berkata:

“Sebelum ini bukankah Anwar kononnya memperjuangkan keterbukaan, kebebasan bersuara dan berhimpun.
“Apabila isu kena padanya, beliau hendak suruh tangkap pula. Apakah beliau hanya memperjuangkan retorik selama ini? Mengapa hendak dihalang kebebasan berhimpun rakyat marhaen seperti kami,” soalnya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Kebebasan kepala hotak....
Adakah sistem kehakiman dan mahkamah di Malaysia benar2 adil dan telus?...
Kalau kes liwat yg pertama dulu sudah nampak kepincangan institusi kehakiman dan mahkamah masakan kes kedua ini boleh dipercayai.

jai said...

Aku rasa NGO2 tu tak baca pasal 'Surat Rayuan Terbuka' pegawai penyiasat kes mata lebam iaitu Datuk Mat Zain Ibrahim pasal pemalsuan DNA DSAI pada tahun 1998.

Jangan biarkan diri kita BUTA MAKLUMAT sudah la.

Nau'zubillah.

1Crony said...

Melayu pencacai itu sebenarnya terlalu bodoh dan baghal. Hidup di celah kangkang Bik Mama, hari-hari jilat taik palat Mat Monggol. Dapat 10 cent pergi beli cokelat dan tutup mulut. Begitu hinanya Melayu pencacai ini.....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.