Perjumpaan ini diatur oleh seorang sahabat yang mengatakan ada Dato yang gian sangat nak berjumpa dengan Pak Karamu, akhirnya pada hari ini kamipun berjumpa, rasanya Pak Karamu kenal dengan Dato ini, dia datang dengan sebuah kenderaan 3 orang, mereka tak bawa pancing, Pak Karamupun tak bawa pancing tapi kami sewa kat kolam pancing
Masa kami memancing Dato tu mula bertanya dengan PakKaramu
Dato
Saya rasa kita pernah berjumpa ?
Pak Karamu
Saya rasa tak pernah jumpa
Dato
Saya selalu baca Blog Pak Karamu dan rasanya Pak Karamu perlu lebih rajin menulis
Pak Karamu
Saya sebenarnya tidak cari makan kat blog tuh, kalo ada mud barulah tulis
Dato
Serangan Pak Karamu dengan UMNO agak pedih juga kan ?
Pak Karamu
Tidaklah sepedih blogger yang lain, dan saya tidaklah serang kerana tidak bersebab, ada sebab saya serang
Dato
Bagi saya rasa tersangat hairan, mengapa orang PAS begitu baik dengan DAP, apakah mereka tidak kenal DAP itu siapa sebenarnya
Pak Karamu
Saya juga hairan mengapa orang UMNO berbaik dengan GERAKAN dan MCA apakah mereka tidak tahu siapa GERAKAN dan MCA ?
Dato
Apakah Pak Karamu tidak tahu apa perangai orang cina DAP ?
Pak Karamu
Saya akan tanya Dato soalan yang sama, Apakah Dato tidak tahu perangai cina MCA dan Gerakan ?
Dato
Apakah Pak Karamu tidak tahu DAP ini adalah zuriat PAP Singapura ? dan sekarang mereka mula memerintah Penang, dan banyak orang melayu telah terinaya disana
Pak Karamu
Sayapun hairan juga bagaimana cina PAP mendapat sebuah negara, bagaimana mereka boleh dapat negara tersebut, dan jika DAP itu adalah zuriat PAP bagaimana dia boleh dapat Penang ? so soalnya apa ?
Dato
Tidakkah Pak Karamu merasa takut apabila satu masa nanti DAP akan bersatu dengan DAP dan akan memerintah di negara ini ?
Pak Karamu
Alah nak takut apa ? jika Singapura UMNO boleh serah kepada PAP kemudian mereka diam, maka tidak mustahil UMNO akan serahkan kepada PAP mana-mana pulau seperti Pulau Batu Putih dan mungkin pulau lain juga
Dato
Sepatutnya kita bersatu, orang melayu patut bersatu
Pak Karamu
(Sudah nampak jelas mereka ini agen tegar UMNO) Orang melayu tak perlu bersatu, yang perlu bersatu ialah orang islam
Dato
Orang islam itu adalah orang melayu, Pak Karamu tak bacakah perlembagaan negara ?
Pak Karamu
Terus terang ! Saya tak baca perlembagaan negara, akan tetapi jika perlembagaan negara kata gitu maka saya tidak setuju sebab bercanggah dengan pandangan agama
Dato
Tapi PAS telah terima ! bagaimana Pak Karamu tidak terima ?
Pak Karamu
Pak Karamu ini orang PAS bukan PAS, biarlah PAS terima asalkan orang PAS menolaknya
Dato
Susah sikit nampaknya bercakap dengan Pak Karamu nih
Pak Karamu
Bukan susah sikit, tapi susah banyak ! Sebab bahasa saya bahasa sedikit tua, atau adakah yang saya cakap ni tidak betul ?
Dato
Betul, dan Faham ! Jadi bagaimana dengan DAP ? Ok ke Tak ok ?
Pak Karamu
DAP tu Ok la dan saya akan terus berdakwah supaya orang melayu berbaik dengan DAP dan menjauhkan diri dari MCA dan GERAKAN
Dato
Mengapa pula begitu ?
Pak Karamu
Sebab MCA dan GERAKAN jahat DAP baik, kamu nak tahu mengapa saya cakap begitu ?
Dato
Tak perlu sebab kami dah baca blog Pak Karamu
Pak Karamu
Boleh faham ?
Dato
Faham tu faham la tapi hati masih tak puas
Pak Karamu
Itu namanya karat hijau naik biru, kamu cari makan agaknya, berapa dapat dalam sebulan ? atau kontrak atau apa-apa, orang UMNO nih harap bergayut hidup dalam politih UMNO je la, maaf ye !
Dato
Pak Karamu sebenarnya kerja apa ?
Pak Karamu
Kerja saya pelupuh orang, macam saya pelupuh kamu ni maaf ye, saya ada urusan lain, nanti kalo nak dailog lagi kasi tahu dengan kawan kita nih !
0 orang berkata:
Post a Comment