Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS TIDAK MUNGKIN MELATAH !

Salam

APABILA PENGARUH ORANG MELAYU KEPADA PAS MENINGKAT MAKA UMNO SURUH MCA JUMPA NIK AZIZ SURUH HALALKAN JUDI

BN/UMNO merasa sangat takut kepada PAS andainya dasar PAS tidak dicarik-carikkan sehingga orang melayu lari daripada menyokong PAS, muslihatnya ialah dengan mempergunakan MCA sebagai dalang untuk mempengaruhi PAS supaya lari daripada dasar perjuangannya kepada dasar maksiat dengan meminta kerajaan Kelantan menghalalkan judi

Kita boleh membayangkan apa akan terjadi jika PAS bersetuju menghalalkan judi di Kelantan ? Maka akan hebohlah orang melayu dan kelab penyokong PAS akan meninggalkan parti tersebut kerana dikatakan telah menggadaikan dasar perjuangannya sekali gus akan menjadi isu besar didalam parti tersebut, dan isu ini bukan mudah untuk ditepis

Isu hendak merosakkan dasar islam yang dibawa oleh PAS memang sentiasa menjadi intipan kepada musuh parti tersebut sekian lama, ia bagaikan usha syaitan yang hendak menyesatkan manusia kepada jalan yang diredhai oleh Allah, dan mereka hendak menghancurkan perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan berselindung disebalik demokrasi

PAS tentunya sudah bersedia bagi menghadapi musuhnya dengan terbuka dan mereka boleh berjumpa pada bila-bila masapun, andainya perjumpaan itu nanti akan mengeciwakan MCA akan tetapi ada pehak yang akan lebih keciwa lagi iaitu UMNO kerana gagalnya kawan sekutunya melakukan helah politik yang akan menjahanamkan dasar PAS

Orang melayu terutamanya yang beragama islam tentunya akan melihat dan menunggu-nunggu apakah hasil perbincangan diantara pimpinan PAS dengan MCA ini dengan penuh berhati-hati, sementara orang melayu yang berada didalam UMNO mereka sudah tentu mengharapkan agar Nik Aziz bersetuju dengan cadangan MCA supaya judi dihalalkan di Kelantan supaya mereka senang untuk memukul canang kepada orang melayu dengan menyatakan bahawa PAS sudah menggadai dasar perjuangan agamanya

Sebenarnya isu yang akan dibawa oleh MCA ini bukanlah isu yang besar sangat kerana jika setakat judi maka bangsa cina sendiri tidak membudayakan judi didalam dasar kehidupan mereka akan tetapi cukuplah isu yang kecil ini untuk memerangkap PAS, mereka sangka PAS begitu bodoh macam apa yang ada didalam kepala hotak mereka yang terlalu low standard dalam isu politik negara

BN/UMNO sangat mengharapkan agar PAS akan mensekularkan dasar perjuang  islam parti tersebut kerana sudah ada kedengaran bahawa "orang yang berfahaman sekular ini bukan semuanya anti agama", kata-kata ini sebenarnya adalah untuk melunakkan kepercayaan orang sekular agar mereka menyokong PAS akan tetapi fahaman sekular sebenarnya adalah fahaman yang diluar dari kampus fahaman agama islam itu sendiri

Hidup matinya dasar perjuangan PAS adalah bergantung kepada perbincangan diantara pimpinan PAS dan MCA, andainya PAS membenarkan judi di Kelantan maka PAS akan hancur bagaikan kayu yang dimakan bubuk dan dijangkakan ramai dikalangan ahlinya akan bertawakup serta mengasingkan diri mereka sekali gus aka meninggalkan parti tersebut, inilah yang diharapkan oleh BN/UMNO dan inilah yang diharapkan oleh syaitan jenis manusia di negara ini


2 orang berkata:

Anonymous said...

melayu umno setuju judi tidak diharamkan..sbb itu income mereka gunakan untuk merosakkan perjuangan islam.itu dasar yang sebati di umno.

Anonymous said...

umno tetap dgn dasarnya: islam bukan pilihan kami?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.