Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEMIMPIN GERAKAN PUSAT KELUR PARTI SEBAB UMNO

Posted by Abu Nu'man 


KUALA LUMPUR, 8 Mac — Dr Hsu Dar Ren, pemimpin pusat Gerakan, memutuskan untuk keluar parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dengan menuding jari ke arah Umno, yang menurutunya mendominasi kuasa politik perikatan tersebut.

Dr Hsu mengumumkan keputusan mengejutkan ini ketika genap tiga tahun negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 di mana BN kehilangan tambahan empat negeri dan majoriti dua pertiga di Parlimen pada 8 Mac 2008.

Salah satu negeri itu ialah Pulau Pinang di mana pemimpin Gerakan mengetuai kerajaan negeri itu selama 39 tahun.

“Gerakan sebuah parti yang mempunyai ideologi baik untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama di Malaysia. Ia juga mempunyai ramai ahli yang (sangat) berhati-hati dalam menerima ideologi ini.

“Malangnya, dalam rangka kerja BN, di mana dalam politik bertunjangkan kaum, hegemoni Umno lebih berkuasa, mustahil bagi Gerakan merealisasikan pendirian ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. “Saya telah membuat satu keputusan besar (hari ini),” kata doktor perubatan ini dalam tulisan blognya. “Saya telah memutuskan pada ulang tahun pilihan raya umum 8 Mac  saya akan keluar Gerakan.

“(Keputusan) ini bukan kerana parti (Gerakan) itu sendiri, yang mempunyai ideologi yang baik, ramai ahli yang baik dan ramai kawan-kawan yang baik, tetapi lebih disebabkan dominasi Umno dalam setiap perkara dalam perikatan (BN)

Pemimpin Gerakan Wilayah Persekutuan ini juga berkata beliau kecewa dengan politik berasaskan kaum dan Gerakan sebenarnya semakin berjauhan daripada mencapai ideologi politiknya.

Katanya, disebabkan politik berasaskan kaum, negara ini telah  berhadapan dengan polarisasi kaum paling buruk, yang tidak pernah disaksikan selama ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.