Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PILIHANRAYA SARAWAK YANG PALING SENGIT

Salam

BUAT PERTAMA KALI PILIHANRAYA SARAWAK DIJANGKA PALING SENGIT

Pilihanraya kecil di Semenanjung dikatakan mempengaruhi keputusan  pilihanraya di Sarawak,  dan pilihanraya umum Sarawak pula dikatakan akan mempengaruhi keputusan pilihanraya umum ke 13 nanti, demikian bacaan para pemimpin BN/UMNO dan juga Pakatan Rakyat namun yang sangat penting ialah sejauh mana pengaruh setiap parti yang bertanding untuk memikat rakyat termasuklah isu pilihanraya yang dimainkan

Isu yang akan dibawa oleh BN pada pilihanraya umum Sarawak sudah dikenal pasti iaitu isu pembangunan rakyat disamping isu menjatuhkan maruah lawan terutama Anuar Ibrahim kerana isu tersebut sudahpun dimulai oleh para pimpinan BN, sementara Pakatan Rakyat pula mungkin akan membawa isu Taib Mahmud dan keluarganya yang dikatakan membolot tanah adat untuk pembalakan yang menjadi hasil berat di Sarawak disamping itu isu kaum penan juga akan dimainkan untuk meraih undi rakyat

Sarawak yang mempunyai hasil minyaknya juga mungkin akan dimainkan sama apabila penyerahan telaga itu di kawasan Limbang kepada Brunei disamping kemiskinan rakyat yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan Sarawak setelah sekian lama merdeka melalui Malaysia. Isu agama juga mungkin akan dimainkan sama pada pilihanraya Sarawak kali ini, walau apapun rasuah pilihanraya tetap juga turut dimainkan walaupun ia sudah menjadi perkara yang biasa pada setiap pilihanraya diadakan 

Andainya nanti keputusan pilihanraya Sarawak menyebelahi BN atau mengurangkan majority BN di Sarawak maka ia mungkin akan menggusarkan BN/UMNO untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 kerana ia dikatakan aset yang besar bagi BN/UMNO selama ini, andainya Pakatan Rakyat dapat memenangi pilihanraya di Sarawak mungkin ia akan menggelapkan peluang BN/UMNO terus kekal ke Putera Jaya, jika ini berlaku maka mungkin ada cerita dan peristiwa yang baru akan berlaku

Sekarang ini sudah kedengaran cerita Sarawak akan menghalang beberapa penceramah politik dari Pakatan Rakyat terutama dari PKR dan mungkin juga dari DAP ini membuatkan rakyat Sarawak tidak berpuas hati kerana usha ini dianggap membunuh sistem demokrasi, walau apapun kita sama-sama lihat nanti apa suasana yang mugkin akan berlaku

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.