Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SATU SARAWAK BENCIKAN TAIB MAHMUD ?

"Satu Sarawak bencikan Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud)", demikian luahan hati yang keluar dari mulut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sarawak, Mohd Fidzuan Mohd Zaidi.
Ketika ditemui Harakah 13 Mac lalu, Fidzuan melahirkan kebimbangan dengan keadaan ekonomi di Sarawak dimana jurang kaya miskin sangat ketara dan tidak membayangkan kekayaan hasil bumi yang sebenar.

Puncanya adalah kerana kekayaan dibolot oleh pemimpin dan kalangan elitis yang sentiasa mencari jalan untuk menambah kekayaan sendiri, katanya. Fidzuan melabelkan, Taib Mahmud sama seperti bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

"Paling tepat dia (Taib Mahmud) adalah penjajah, orang kulit putih (British) sudah balik, yang tinggal rambut putih (Taib), yang rambut putih ini lagi bahaya, " katanya. Secara umumnya isu pemerintah sarawak merampas tanah rakyat ini secara sesuka hati menyebabkan rakyat semakin membencinya. 

Ia ditambah lagi dengan kekayaan yang dimilikinya hasil duduk di kerusi nombor satu di Sarawak, ujarnya.
"Orang kampung tidak tahu mahu mengadu dengan siapa, kini mereka harapkan PAS, insyaAllah dengan keprihatinan dan kesungguhan PAS di sini meletakkan isu rakyat Sarawak untuk diperjuangkan, kita rasa perubahan itu akan berlaku," katanya. 

Cuma kata beliau, yang menyukarkan perubahan ialah isu perkauman dan agama yang bakal dimainkan oleh BN di Sarawak menjelang pilihan raya akan datang.

Isu kononnya dengan terus memberi sokongan kepada Taib Mahmud, Islam di Sarawak akan dapat dipertahankan, katanya.

Semua ini propaganda murahan yang sering dilagukan oleh pemerintah untuk kekal menerajui negeri, sedangkan hakikatnya kehidupan dan kezaliman yang dilakukan sangat bertentangan dengan Islam, katanya.
"Satu Sarawak tak suka Taib Mahmud, kita dapat lihat kehidupan dia tidak gambarkan kehidupan Islam, tidak tunjukkan keadilan Islam itu sendiri," katanya.

Namun usaha menjatuhkan pemerintahan diktator Taib Mahmud sukar jika perubahan tidak dilakukan di kertas undi dalam pilihan raya negeri ke-10 yang dijangka April ini, katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.