Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAN SRI ELOK JANGAN JUMPA NIK AZIZ (sambungan)

Salam

APA KATA JIKA TAN SRI HARUSSANI PULA KATA UNDI PAS MASUK SYURGA ! ATAU UNDI UMNO MASUK NERAKA ?

Tan Sri Harussani tentunya memahami bahawa yang masuk Syurga itu adalah semua orang muslim yang baik yang beriman kepada perkara keimanan kerana sifat Syurga itu ialah tempat pembalasan yang baik Allah yang penuh dengan kenikmatan bagi orang yang mengikut perintah Allah dan ta'at kepadaNya,  dengan sifat Syurga ini maka PAS telah mengambil langkah untuk memperjuangkan islam dengan meletakkan atau mengambil dasar perjuangannya selaras denga tuntutan agama iaitu menjadikan al quran,hadis, ijmak ulama dan qias sebagai dasar perjuangannya, jadi tentunya sesiapa yang menyokongnya tentulah akan dibalas oleh Allah dengan Syurga, jadi dimana salahnya jika Nik Aziz kata undi PAS masuk Syurga ?

Nik Aziz tentunya akan bersalah jika dia berkata sesiapa mengundi (menyokong) UMNO akan masuk Syurga ? Kerana dasar UMNO tidak selaras dengan tuntutan agama Allah, itu sebab ramai pehak menyeru pimpinan UMNO dan parti itu supaya mengubah dasarnya kepada islam selaras dengan apa yang dituntut oleh Allah kepada umat islam kerana UMNO juga mengaku sebagai parti islam yang ketiga besarnya didalam dunia akan tetapi dasarnya tersangat jauh dari menepati perintah Allah jadi tidaklah salah jika ada yang mengatakan undi UMNO akan masuk Neraka sebab dasarnya tidak islamik dan tidak menepati kehendak agama itu sendiri, jadi jika rakyat tolak UMNO itu adalah betul dan menolak PAS itu adalah salah

Andainya UMNO mahukan orang melayu yang beragama islam mengundi partinya maka UMNO perlu mengubah dasarnya seperti yang PAS buat supaya nanti orang yang menyokongnya akan masuk Syurga pula ia selaras dengan sifat orang yang mengisi Syurga itu iaitu tempat pembalasan yang baik bagi orang yang beriman dan mengikut perintah Allah dan ta'at kepadaNya, maka tidaklah tepat jika orang yang mengisi Syurga itu dari kalangan ahli parti yang tidak mengambil dasar agama islam sebagai dasar perjuangan parti mereka seperti UMNO yang buat sekarang

UMNO benar-benar memerangkap orang melayu islam terjerumus kedalam bakaran api neraka kerana seruan parti itu supaya menyokong mereka, sepatutnya jika UMNO mahu menyelamatkan  bangsa melayu  yang beragama islam di negara ini maka mereka kena bersama-sama dengan PAS bukan PAS bersama dengan UMNO supaya umat islam mengundi atau menyokong PAS supaya masuk syurga jika tidak tentulah umat islam yang menyokong mereka akan dimasukkan ke dalam Neraka, jadi dimana salahnya jika Nik Aziz berkata sesiapa yang mengundi PAS akam masuk Syurga ? ATAU sesiapa mengundi UMNO masuk Neraka

Apa yang saya tulis ini hanya berdasarkan kepada sifat Syurga itu belum lagi mengambil banyak ayat daripada quran dan hadis Rasulullah s.a.w, mungkin inilah salah satu sebab bahawa Harussani takut berjumpa dengan Nik Aziz atau dia digesa oleh orang UMNO yang tahu hukum siapa yang bakal masuk kedalam Syurga, ertinya jika dia  bersetuju berjumpa dengan Nik Aziz maka disana akan terbongkarlah hukum yang menetapkan mengundi PAS akan masuk Syurga maka malu besarlah UMNO dan orang UMNO akan meninggalkan parti itu, ertinya isu ini adalah isu yang besar

 hadis soheh menyebut تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا ِاْن تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدًا كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةً رَسُوْلِهِ  (Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,kamu tidak sesat selagi kamu berpegang kepadanya iaitu kitab Allah dan sunah RasulNya) berdasarkan inilah maka kita katakan UMNO sesat kerana dia tidak mengambil dua perkara tersebut sebagai dasar perjuangannya, maka jelas UMNO sesat, Apakah ada yang mahu menafikannya ? Dan setiap yang sesat itu tentulah masuk neraka, jadi tidaklah salah jika kita katakan bahawa siapa yang undi UMNO (Undi parti sesat)  masuk Neraka kerana ia sesat, maka PAS adalah menepati dasar tersebut, ertinya tidak sesat, jika tidak sesat tentulah masuk Syurga

SEBAB ITU JIKA NAK JADI AHLI PARTI ATAU NAK SOKONG PARTI KITA KENA TENGOK DASAR PARTI BUKAN PIMPINAN PARTI, PIMPINAN PARTI TIDAK MAKSUM, YANG MAKSUM (TERPELIHARA DARI DOSA)  ADALAH DASAR PARTI TERSEBUT, OLEH YANG DEMIKIAN MASUKLAH RUMAH YANG BERSIH, JANGAN MASUK RUMAH YANG ADA HANTU JEMBALANG




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.