Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

901

Wednesday, January 4, 2012

Apa ada pada 901?......di sini terjawap 'misteri'nya.....

Tiba-tiba angka 9 menjadi penting dan popular.

Zaman bolasepak Malaysia berada di kemuncak jersi bernombor 9 amat popular selain daripada jersi bernombor 10.

Ia menjadi popular selari dengan kehebatan pemakainya.

Syed Ahmad dan Isa Bakar, dua penyerang handalan negara pernah menyarung jersi bernombor 9 disamping Sharuddin Abdullah dan SuperMokh memakai jersi bernombor 10.

Keempat-empat striker itu mempunyai kehebatan dan keistimewaan tersendiri.

Sekarang ke mana-mana pergi orang ramai perkatakan angka 901.

Satu masa dulu angka 916 menjadi igauan sesetengah pihak yang sayangkan tilam empuk tempat pembaringannya.

Hari manifestasi BERSIH 2.0 juga jatuh pada tarikh berangka 9 yakni 9 Julai 2011.

Bagi mereka yang suka kepada pembelian emas terutama kaum hawa......angka-angka seperti 950 (Emas Kelantan atau Emas 91/2), 900 (Emas Sembilan), 999 (Emas Tulin atau Emas Sepuluh) sentiasa dihujung jejari yang runcing yakni kaum hawa.

Berbalik pada angka 901......Apa yang ada pada 901?......Ada peristiwa besar ke berlaku pada tarikh itu?

Dalam ilmu matematik kalau dicampur ketiga-tiga nombor itu iaitu 9 + 0 = 1 = 10.

Ada sesetengah pengamal 'nombor' konon-kononnya angka 10 itu membawa 'ong'.

Tapi percayalah saudara sekelian, sesuatu angka itu tidak membawa apa-apa erti atau memberi apa-apa kesan......ia tidak membawa apa-apa makna atau memberi apa-apa mudarat.

901 hanyalah hari Isnin, 9 Januari 2012 bersamaan dgn 15 safar 1433 Hijriah.

Sesuatu hari, ia pasti datang bersekali dengan tarikhnya.

Pada sebelah malamnya pulak, ialah bulan mengambang penuh.......sangat cantik fenomena kejadian Allah SWT.

Setiap 13,14 dan 15 haribulan Islam yang juga dikenali sebagai hari-hari putih, umatnya dianjurkan yakni disunatkan berpuasa.

Kita diberitahu oleh para Ulamak, doa orang-orang berpuasa sangat mustajab doanya.

Ayuh marilah kita beramai berpuasa pada hari-hari putih sedari 13, 14 Safar lagi dan kemuncaknya pada 15 Safar kerana ia juga jatuh pada hari Isnin dimana kita juga disarankan berpuasa sunat hari Isnin.

al-brangionline:

Jangan lupa 901.

p/s

Apa hal pulak dengan perkasa(m?) ni?......sila layan DI SINI .

Gambar itu sebagai hiasan tapi membawa 1000 makna dan angka 901 itu ialah porsche 901 transmission......melesup jangan pandang belakang, maju kedepan ayuh......lawan tetap lawan.....ayuh laju...laju

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.