Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIDAK SUDAH KEHENDAK KITA KEHENDAK ALLAH JUGA SUDAHNYA


Allahyarham Mak Ku pegang amanah Ketua Muslimat hingga akhir hayatnya.


KUALA NERUS - Dewan Muslimat PAS Kuala Nerus ‘hilang’ teraju penting pimpinannya apabila allahyarham Tengku Aminah Tengku Ali, 59, (Mak Ku) dijemput pulang oleh Allah.

Beliau adalah isteri kepada Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah yang juga mantan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus

Allahyarham meninggal dunia pada jam 4.15 petang Isnin, 9 Januari disisi suami serta anak-anaknya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.


Allahyarham telah dikejarkan ke hospital akibat penyakit Leukemia (kanser sel darah putih) yang baru dikesan sejak seminggu lalu.

Allahyarham Mak Ku juga merupakan bekas guru berdedikasi di Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu.

[Gambar - 'Kucupan terakhir'..... salah seorang anakanda Allahyarham memberikan kucupan terakhir sebelum jenazah disolatkan]
Hasil perkongsian hidupnya dengan Ustaz Abu Bakar melahirkan 13 orang anak terdiri dari lapan lelaki dan lima perempuan berumur antara 16 hingga 32 tahun serta mempunyai beberapa orang cucu.

Allahyarham juga merupakan Timbalan Ketua Khairunnisa Terengganu iaitu Persatuan Isteri-isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu.

Sementara itu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata pemergian Allahyarham Tengku Aminah diterima dengan penuh keredhaan kepada Allah SWT.

Katanya, di saat akhir hayat Allahyarham masih sedar dan kelihatan tersenyum dengan linangan air mata.

“Saya lihat keadaan dia (Allahyarham) semakin lemah, ajar mengucap tetapi dia masih sedar dan boleh bercakap walau pun kelihatan letih.

“Saya katakan kepadanya, saya redha (dengan pemergiaannya) dan dia tersenyum dengan linangan air mata,” ujarnya dengan hiba.

Menurutnya, Allahyarham seorang ibu yang baik terhadap anak cucu serta istiqamah dalam perjuangan PAS.

Sebab itu, kata Ustaz Abu Bakar, Allahyarham masih dipilih sebagai Ketua Muslimat PAS Kuala Nerus sejak dari tahun 1992 hingga akhir hayatnya.

Solat jenazah Allahyarham diimamkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama lebih 500 ahli jemaah pada jam 10.30 pagi serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemuroh, Tepoh.

*** Buletinonline merakamkan ucapan takziah kepada Ustaz Abu Bakar sekeluarga, dengan doa, semoga Allah merahmati dan meletakkan roh Allahyarham dikalangan orang-orang yang diambpunkan oleh Allah, diantara para pejuang Islam. yang diredhaiNya

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.