Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BILA BUAT KENYATAAN TENTANG FISABILLILLAH, BERHATI-HATILA, LIHAT TULISA MERAH

Friday, January 13, 2012


Mengejutkan!! Mufti WP Keluar 'Fatwa', Kos Guaman Untuk Menentang Qazaf Adalah Asnaf Fisabilillah


Mufti Wilayah Persekutuan
Kenyataan media oleh Mufti Wilayah Persekutuan ini membuktikan Menteri Di Jabatan Perdanan Menteri, Jamil Khir Baharom sah menggunakan wang zakat untuk kegunaan kos guamannya menentang tuntutan qazaf yang di kemukakan oleh Anwar Ibrahim. Diharapkan Jamil Khir Baharom menarik semula penafiannya sebelum ini. Kenyataan Mufti ini bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman MAIWP mengikut hukum syarak di bawah asnaf fisabilillah agak mengejutkan kerana kes itu melibatkan usaha menentang tuntutan qazaf yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim.


Adakah "halal" bagi MAIWP menggunakan wang zakat untuk menentang usaha Anwar Ibrahim menggunakan hukum Allah? Cuba baca maksud fisabilillah dalam konteks yang dinyatakan: segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan. Takutkan Allah Tuan Mufti, jangan takutkan UMNO sahaja kelak menyesal di kemudian hari.
Penggunaan Wang Zakat Untuk Kos Guaman MAIWP Ikut Hukum Syarak - Mufti WP.

KUALA LUMPUR, 11 Jan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes yang berkaitan dengannya adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Mufti Wilayah Persekutuan
Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat yang diadakan pada 3 Sept 2009 bagi membincangkan anggaran belanjawan MAIWP 2010 telah meluluskan sebanyak RM205,000 bagi perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah.

"Peruntukan ini perlu diwujudkan kerana Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 55) dalam Bahagian II Perkara 5 (2) menyatakan, majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.


"Selain itu, dalam melaksanakan tanggungjawab terdapat keadaan di mana majlis itu terpaksa mendapat keputusan mahkamah seperti dalam kes tuntutan jenazah mualaf yang dituntut keluarga yang bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau membuat kenyataan tersebut ekoran beberapa laporan media baru-baru ini yang menyebut mengenai penyalahgunaan wang zakat oleh MAIWP.

Wan Zahidi berkata: "Mengenai peletakan perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah, JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan tafsiran yang lebih luas daripada perbelanjaan jihad semata-mata.


"Antara mereka ialah
Imam Al-Fakhrul Razi dalam kitab tafsirnya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar, dan menurut Sheikh Rasyid pendapat yang benar mengenai maksud fisabilillah di sini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan. ~bernama/dcm

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.