Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DATO' ALWI MAU MAIN POLITIK KERAJAAN PERPADUAN ?

KERAJAAN PERPADUAN, HADI AWANG TAK PERLU LAYAN SEBAB SUDAH DITERANGKAN DAHULU IAITU KERAJAAN PERPADUAN DAH HABIS, JANGAN CAKAP LAGI KATA HADI AWANG, KERAJAAN PERPADUAN INI SUDAH BERSEMADI LAMA DAH

UMNO JIKA NAK KEMPEN CARI ISU YANG LAIN, JIKA UMNO TAK DE ISU MEREKA BOLEH TANYA NAJIB, ISU KERAJAAN PERPADUAN HANYA TIMBUL BALIK APABILA KES HASSAN ALI DIPECAT, APA RAHSIANYA ?

SEKARANG HASSAN ALIPUN DAH TAK ADA DIDALAM PAS, DAH KENA BUANG, SEBAB BAU DIA DAH BAU UMNO, DAN ITULAH SEBABNYA UMNO TERUTAMA DATO ALWI CEK MAT BERIYA-IYA TANYA BALIK KERAJAAN PERPADUAN, SEBAB BAU TU LA !

Saturday, January 14

Perlu ka Haji Hadi jawab nih...

Kerajaan Perpaduan: Haji Hadi Perlu Jelaskan Dakwaan Alwi

DATUK Seri Abdul Hadi Awang perlu tampil menjelaskan kepada rakyat, benarkah beliau ada berjumpa dengan mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi pada 2008 untuk berbincang tentang pembentukan kerajaan perpaduan, seperti yang didakwa bekas Setiausaha Politik Abdulah, Datuk Md. Alwi Che Mat.

Benarkah perbincangan yang didakwa Alwi itu wujud?

Sepengetahuan penulis, isu kerajaan perpaduan ini dimulakan oleh UMNO, bukan PAS. UMNO yang dikhabarkan beria-ia ingin mengadakan kerjasama tersebut dengan PAS, tapi dibantah sebahagian besar pemimpin utama PAS termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tidak tahu pula penulis sudah ada perbincangan antara 2 Presiden parti diadakan ke arah itu?

Pendedahan ini, jika benar, akan memalukan seluruh warga PAS yang selama ini percaya UMNO yang terhegeh-hegeh ingin bekerjasama menubuhkan kerajaan perpaduan, bukan sebaliknya.

Penulis ingin ingatkan Haji Hadi, kesan kepada pendedahan ini amat besar walaupun isu ini telah agak lama berlalu. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, kesalahan ini amat besar, jauh lebih besar dari kesalahan yang membawa kepada pemecatan Hasan Ali dari PAS.

Kalau Hasan Ali diibaratkan membakar jambatan antara dirinya dan PAS, tindakan sedemikian (jika benar) oleh Haji Hadi, ibarat mahu membakar PAS itu sendiri!!

Seingat penulis, perbincangan sedemikian tidak pernah mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama, mahupun Muktamar Tahunan PAS sebagai antara 2 badan tertinggi selain Mursyidul Am. Persoalannya sekarang, siapa yang memberi kuasa kepada Haji Hadi untuk memulakan perbincangan tersebut?

Lebih penting, siapa lagi yang turut terlibat?

Seperti didakwa Alwi, perbincangan tersebut dijalankan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana. Tidak seperti kediaman biasa yang lain, sudah tentu ada rekod kemasukan yang boleh dirujuk untuk membuktikan pertemuan tersebut berlangsung atau tidaknya.


Ini yang penulis bimbangkan kerana dengan rekod itu, tidak mungkin Alwi berbohong sementara sukar juga untuk Haji Hadi mengelak dari mengakui perkara tersebut nanti.

Justeru, amat penting untuk Haji Hadi tampil dengan kisah sebenar kepada umum. Perkara ini perlu dijelaskan dengan segera kerana sikap membisu akan hanya menimbulkan lebih banyak prasangka kepada kepimpinan Haji Hadi sebagai Presiden PAS.

Penulis tidak mahu membayangkan kesannya kepada kerjasama PAS dengan parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat, lebih lagi dalam keadaan sekarang semua pihak bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum yang dijangka pada bila-bila masa.

Penulis juga tidak malu mengakui, jauh di sudut hati, penulis benar-benar berharap perkara ini tidak berlaku atas apa alasan sekalipun.- SPR

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.