Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HAKIM MAHKAMAH BUKAN SORANG JEW !

Keputusan kes Anwar bukan kayu ukur kebebasan kehakiman



16 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 10 Jan
: Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Yusmadi Yusof mengingatkan rakyat meskipun keputusan mahkamah semalam berpihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ia bukan bermakna sistem kehakiman negara telus.

Ini kerana katanya, masih banyak kepincangan berlaku dalam sistem keadilan di Malaysia sepertimana yang berlaku kes-kes melibatkan rasuah pimpinan Umno-BN serta kes-kes kematian dalam tahanan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Adakah kita boleh menyifatkan bahawa kita sudah mempunyai sistem kehakiman bebas? Saya kata tidak,” kata beliau.

Menurutnya lagi, kes perbicaraan Datuk Seri Anwar berbeza dengan kes-kes lain kerana ia mendapat tekanan yang cukup kuat dari rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Bagaimanapun katanya, kes itu belum berakhir kerana pihak pendakwaan boleh membuat rayuan, untuk mengheret semula Anwar ke penjara.

“Kita tidak boleh menjadikan kes beliau (Anwar) satu kayu ukur (kehakiman bebas). Ini bukan pengakhiran kerana kes ini belum sepenuhnya berakhir kerana mungkin pihak pendakwa akan memfailkan rayuan,” kata Yusmadi yang juga seorang peguam.

Menurut Ahli Parlimen Balik Pulau itu lagi, rakyat bukan sahaja menuntut sistem kehakiman yang bebas, tetapi juga dalam sistem demokrasi bagi melihat Pakatan Rakyat terus mara ke Putrajaya.

“Ia kerana semangat rakyat bukan saja dalam menuntut sistem kehakiman yang adil tetapi dalam sistem pemilihan demokrasi pilihanraya khususnya untuk menawan Putrajaya kelak,” tegasnya.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut gembira dengan keputusan mahkamah dan berpendapat tuduhan terhadap Anwar sepatutnya digugurkan sejak tiga tahun lalu.

“Sepatutnya sejak dari awal lagi Hakim perlu menolak kes ini. Itu yang sepatutnya, kita tak perlu tunggu 3tahun. Dan amat malang sekali selepas Anwar diaibkan, baru hendak gugurkan kes ini,” kata beliau.

Keadilan Daily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.