Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HASSAN JUGA MUNGKIN AKAN DIPECAT DARI JAWATAN EXCO SELANGOR

PEMECATAN HASSAN ALI BUKAN SAJA DISEBABKAN ANGKARA 901 AKAN TETAPI LEBIH KEPADA MEMBERSIHKAN DURI DALAM DAGING DIDALAM PERJUANGAN PAS, DENGAN INI PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR LEBIH MUDAH MENJALANKAN TUGASNYA, LEPAS INI HASSAN ADALAH WAKIL RAKYAT BEBAS ATAU DIA MENYERTAI UMNO ATAU BERSAMA IBRAHIM ALI, ZULKIFLI NORDEN, YANG JELAS DIA MUNGKIN MENYERTAI PERKASA

PAS pecat Hasan Ali

TERKINI @ 03:38:37 PM 08-01-2012
January 08, 2012
KUALA LUMPUR, 8 Jan - PAS hari ini mengambil keputusan memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkuatkuasa serta-merta tindakan yang dipercayai ekoran kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di ibupejabat PAS Jalan Raja Laut di sini.

Tindakan memecat Dr Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS.

"Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa pAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta-merta.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Datuk Dr Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS," kata satu kenyataan di HarakahDaily.

Dr Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dan exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang "menongkah arus".

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan. Sementara itu  Ketua Dewan Muslimat PAS pusat Siti Zailah Mohd Yusoff ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan perkara itu.

"Keputusan dibuat setelah meneliti, mengadakan rundingan dan memberikan nasihat kepada beliau (Dr Hasan) tapi beliau tidak mempedulikan arahan parti dan masih melakukan perkara yang bercanggah dengan dasar parti.

'"Keputusan ini dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat tadi," katanya.Bagaimanapun Dr Hasan boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura. Turut hadir dalam mesyuarat hari ini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.