Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HASSAN KO TAK BAWA SEKALI KE ?

Nasrudin: ‘Perhimpunan 901 bukan kerana Anwar tapi mesej kepada Putrajaya’

January 06, 2012
 
KUALA LUMPUR, 6 JanKetua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan berhasrat untuk menyertai perhimpunan aman 901 namun menegaskan ia bukan semata-mata kerana mahu membela Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi sebagai “mesej penting” kepada Putrajaya.

Dalam satu tulisan di blognya, Nasrudin (gambar) berkata beliau mahu membawa mesej kepada Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa rakyat menolak pemerintahan yang merosakkan maruah seseorang sebelum dibuktikan bersalah di mahkamah.

“Jika saya turun perhimpunan 901 kelak, saya bukan turun untuk Anwar dan (bukan) kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan Umno dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah,” katanya di blognya.

Tegas beliau: “Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya adalah satu kezaliman dan penganiayaan.”

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Selasa lalu mengumumkan  bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap  Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Ini merupakan kali kedua dirinya berdepan tuduhan liwat. Tambah Nasrudin, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menjadi mangsa kezaliman dan penganiayaan tindakan sama perlu diambil oleh setiap rakyat untuk membela nasib pemimpin itu.

“Tidak baik membiarkan pemerintahan begini mengurus negara dan rakyatnya. Kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penganiayaan yang dilakukan,” katanya.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.

Ini akan menamatkan karier politiknya dan memusnahkan peluangnya untuk menjadi perdana menteri.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.