Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

IBRAHIM ALI MASUK SELANGOR IKUT LORONG TIKUS

Perkasa: ‘Tidak logik’ untuk halang Ibrahim Ali masuk Selangor

January 24, 2012
 
KUALA LUMPUR, 24 Jan Perkasa hari ini menegaskan kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Datuk Ibrahim Ali daripada memasuki negeri itu.

Kumpulan membela hak Melayu itu memberikan respons terhadap satu kenyataan dikeluarkan Faekah Husin, setiausaha politik Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam.

Faekah berkata presiden Perkasa itu diharam memasuki Selangor dan Khalid sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu kepadanya.

“Ini merupakan kenyataan paling bodoh yang tidak pernah saya dengar. Selangor bukan mak bapak awak punya tempat,” kata setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali.

Beliau berkata Faekah harus sedar kerajaan negeri tidak boleh buat begitu dan Malaysia adalah negara demokrasi menambah setiap warganegara dibenarkan untuk ke mana-mana dengan bebas.
“Sekarang mereka mahu menghalang rakyat memasuki negeri...bagaimana dengan demokrasi. Keadilan,” kata Syed Hassan kepada The Malaysian Insider.

Isu ini muncul apabila Ibrahim (gambar) mendakwa Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam akan membolehkan pihak yang mengendalikan peniagaan “tidak bermoral” meneruskan kerja-kerja mereka walaupun dari kalangan orang Islam.

Beliau menuduh Khalid tidak serius untuk mempertahankan umat Islam sebaliknya hanya helah politik untuk menagih sokongan ahli perniagaan menjelang pilihan raya umum.

Sebagai respons, Faekah berkata keputusan Khalid itu diperkenan Sultan Selangor dan mana-mana yang mempersoalkannya dianggap penghiaan kepada Sultan Selangor.

“Ya, pelantikan itu dipersetujui Sultan Selangor tetapi ia dicadangkan kerajaan negeri Selangor. Ia sentiasa menjadi amalan.

“Bila anda menghadapi masalah baru anda mahu kaitkan dengan Sultan, dahulu mengapa mempersoalkan pelantikan setiausaha kerajaan negeri,” tanya Syed Hassan.

Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam dari Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat PAS dan digugurkan dari ahli majlis kerajaan negeri Selangor kerana melanggar disiplin parti.

Hasan menggesa penyokong pembangkang agar tidak menyertai perhimpunan 9 Januari di Kompleks Mahkamah Tinggi sebagai sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa keputusan kes liwatnya.

Khalid juga melantikan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sikijang Dr Ahmad Yunus Hairi untuk menggantikan tempat Hasan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.