Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN PANDANG RENGAN SUARA NYAMUK !


Sistem Pilihanraya Perlu Reformasi Menyeluruh 

Wednesday, 18 January 2012 12:37

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius kenyataan Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir bahawa Barisan Nasional (BN) membeli undi dengan wang tunai dalam kempen pilihanraya umum dengan taktik yang dikenali sebagai ‘bom’ bagi memenangkan mereka dalam pilihanraya.

Bagi DPPM, dakwaan ini amat berat kerana melibatkan penyelewengan kuasa dan rasuah yang melibatkan UMNO dan Barisan Nasional. Tambahan pula dakwaan ini dilontarkan oleh bekas Menteri Kabinet dan merupakan bekas pemimpin UMNO. Pengakuan beliau berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi anggota Kabinet dan beliau mendakwa melihat sendiri aktiviti pembelian undi dilakukan.

Dakwaan Tan Sri Datuk Abdul Kadir membenarkan telahan ramai bahawa selama ini BN sememangnya menggunakan wang tunai untuk membeli undi setiap kali pilihanraya. Oleh kerana itu, tidak salahlah keraguan yang timbul dalam fikiran rakyat terhadap perjalanan pilihanraya di negara ini yang berlangsung dalam suasana tidak sihat selama ini.

Justeru, DPPM mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Pilihanraya  (SPR) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat termasuk pemimpin tertinggi yang mengarahkan operasi ini dilakukan. SPRM perlu menyiasat dan membongkar penyelewengan ini supaya rakyat mengetahui bahawa siapa yang mengikut arus demokrasi yang tulen dan siapa pula yang berbohong kepada rakyat melalui pilihanraya. Rakyat juga ingin mengetahui sejak bilakah aktiviti ini dilakukan dan berapakah jumlah dana yang diperuntukkan oleh UMNO-BN bagi aktiviti haram ini.

Dengan demikian, DPPM merasakan sewajarnya juga himpunan Bersih 3 digerakkan sekiranya semua tuntutan Bersih 2 termasuk syor dan cadangan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) tidak dilaksanakan. Hanya dengan reformasi menyeluruh akan memastikan perjalanan pilihanraya di negara ini berlangsung dengan bersih, adil dan telus. DPPM melihat tidak ada gunanya penyertaan Pakatan Rakyat dalam setiap kali pilihanraya sekiranya reformasi tidak dilakukan kerana ia sekadar mengulangi episod penipuan seperti yang berlaku sebelum ini. Akhirnya, DPPM juga percaya tidak ada sesiapa pun rakyat di negara ini rela dengan sistem pilihanraya yang kotor, busuk dan jahat seperti yang ada sekarang ini.

Letakkan Tarikh Akhir Pembaikian Sitem Pilihanraya

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong usaha Bersih 2 untuk mengadakan himpunan bersih kali ketiga sekiranya cadangan mengenai reformasi pilihanraya yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dan tuntutan Bersih 2.0 gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

DPPM berpandangan, sekiranya kerajaan gagal menepati syor dan cadangan PSC serta cadangan Bersih 2, ini bermakna kerajaan tidak serius mahu membersihkan sistem pilihanraya di Malaysia. Kerajaan juga dianggap menipu dan hanya ‘bermain wayang’ dengan penubuhan PSC kononnya mahu memperbaiki sistem pilihanraya di Malaysia, hakikatnya mereka tidak berniat mahu memperbaikinya.

Apakah gunanya penubuhan PSC serta 8 tuntutan Bersih sekiranya kerajaan gagal mengotakan janjinya. Sekiranya ia berlaku, tidak ada keperluan untuk berbincang dan berdialog antara Bersih dengan kerajaan kerana kerajaan jelas tidak menghormati suara rakyat. Oleh itu, DPPM bersetuju  langkah untuk ‘mengajar’ kerajaan yang bongkak adalah jalan raya kerana itu sahaja pengajaran yang boleh mereka pelajari.

DPPM mengesyorkan kepada Bersih supaya membuat suatu ‘dateline’ atau tarikh akhir kepada kerajaan agar memenuhi semua syarat dan tuntutan yang dikemukakan oleh PSC termasuk Bersih. Ini penting untuk mengukur adakah kerajaan berjaya atau gagal memenuhi janji mereka sebelum ini dan melihat sejauh mana seriusnya kerajaan bagi memperbaharui sistem pilihanraya di negara ini.

DPPM menegaskan, pembaharuan sistem pilihanraya di Malaysia bukan suatu perkara yang boleh dipandang kecil. Ia adalah suatu perkara besar kerana melibatkan integriti negara di mata dunia. Lebih dari itu, ia adalah suatu kebenaran dan keadilan terhadap sistem pilihanraya di Malaysia. Rakyat mahukan pemerintah yang diangkat di negara ini adalah daripada sistem demokrasi yang tulen dan bersih, hasil daripada pilihanraya yang adil dan telus. Rakyat tidak mahu tertipu buat kesekian kalinya pemerintah yang memimpin negara ini menang pilihanraya dengan penuh penipuan dan penyelewengan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.