Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEMPEN POLITIK MULA PANAS DI PERAK

MULA-MULA HAMIDAH KATA INDIVIDU YANG BAKAR POSTERMB PERAK, PAS TU DIA KAITKAN PULA PAKATAN RAKYAT, BUKTI TAK DE, NAMPAKPUN TAK, TAPI HATI DIA TENTUKA "INI SEMUA KERJA ORANG PAKATAN RAKYAT, INI MENUNJUKKAN HATI DIA BUSUK, BAGAIMANA JIKA ORANG UMNO SENDIRI YANG BAKAR ? KEMPEN CARA LANUN NI MEMANG HAPRAK PUNYA PARTI, SEPATUTNYA BIARLAH POLIS BUAT SIASATAN DULU, BILA DAH ADA BUKTI BARULAH BUAT TUDUHAN, BARULAH MATANG BERPOLITIK, JIKA TIDAK JANGANLAH SEBUT MATANG KE ATAU TIDAK - Pak Karamu

Hamidah sifatkan tindakan bakar poster MB sebagai tidak matang






Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman menyifatkan tindakan individu  yang membakar poster  Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai tidak matang dalam kancah dunia politik.

Malah katanya, tindakan itu tidak wajar dilakukan tambahan lagi poster yang disabotaj itu memaparkan wajah pemimpin tertinggi negeri.

“Kegiatan ini bukan tindakan yang elok untuk kita lakukan malah saya rasa individu yang bertindak sedemikian rupa mungkin belum cukup matang untuk mengawal emosi dan fikiran dalam aspek politiknya.

“Cuba bayangkan jika perkara yang sama berlaku ke atas mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat… kita boleh jangkakan bagaimana kecohnya penyokong-penyokong pembangkang mengatakan pemimpin mereka dianiaya.

“Kita sendiri pun tidak pernah menyentuh sama ada bendera atau poster mereka… jadi mengapa pula mereka boleh bertindak sedemikian rupa, kita dapat lihat sekarang seolah-olah sudah menjadi trend untuk mensabotaj bendera atau poster pemimpin BN,” katanya.

Tambah Hamidah, fenomena mensabotaj poster pemimpin ini perlu dihentikan kerana ia menggambarkan amalan politik tidak sihat di kalangan rakyat Perak.

Malah jelasnya, tindakan itu bukan sahaja menggambarkan pihak pembangkang begitu terdesak sehingga sanggup bertindak membakar poster Zambry.

Beliau yang juga bimbang trend negatif ini berleluasa turut meminta badan-badan penguatkuasa atau polis mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pelaku sekiranya perkara yang sama berulang.

Sebelum ini,  media massa melaporkan poster yang memaparkan wajah Zambry yang di pasang di kawasan Masjid Tinggi, dekat Bagan Serai  dibakar pihak tidak bertanggungjawab, pagi Ahad.

Tindakan itu mungkin disebabkan kemarahan mereka terhadap perjuangannya untuk membela serta memperjuangkan nasib rakyat supaya sayang dan kasih kepada Barisan Nasional (BN).

Zambry bagaimanapun menyerahkan perkara itu kepada polis untuk membuat siasatan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.