Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEMUDA UMNO DEMAM KURA-KURA

Selasa, 17 Januari 2012

Bangun Tidoq : BERSIH jangan ugut kerajaan, kata Pemuda Umno.....ha.ha..ingat Pemuda nie dah berkubur...!!!!

NONEKetua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengingatkan penganjur perhimpunan BERSIH Datuk S Ambiga supaya tidak lagi mengugut kerajaan berhubung pembaharuan proses pilihan raya di negara ini.

"Kerajaan setuju gunakan dakwat kekal dan kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan-cadangan yang lain dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPR dah setuju untuk bersihkan senarai pengundi.

"Banyak permintaan daripada BERSIH dilaksanakan. Tidak perlu ada ugutan daripada Ambiga," katanya kepada pemberita selepas pelancaran BN Youth Ride Fest 2012 (BNYRF) di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya kerajaan sebelum ini telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bagi mengkaji sistem pilihan raya dan ia dibuat secara terbuka dengan keanggotaan terdiri daripada anggota PAS, DAP, dan PKR.

"Saya hendak beritahu kepada Ambiga, jangan ugut kerajaan. Sudah cukuplah ugut kerajaan. Kita semua tahu pilihan raya akan diadakan dalam sedikit waktu terdekat," katanya.

bersih pc on jom 100 170112 ambigaAmbiga (
kanan) dalam satu sidang media hari ini membayangkan kemungkinan turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan pihak berkuasa.

Mengenai pelancaran program hari ini, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN berkata ia mendapat sambutan menggalakkan daripada persatuan-persatuan berbasikal serta peminat-peminat sukan itu.

BNYRF 2012 ialah satu penjelajahan berbasikal yang berlangsung selama dua hari bermula 17 Feb yang meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Putrajaya dan berakhir di Dataran Merdeka.

Antara acara utama BNYRF adalah Kayuhan Jambori yang terbuka kepada semua peserta termasuk pelumba elit profesional dan berpeluang memenangi hadiah utama RM40,000.

- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.