Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PI LA MABUK ! TAK NAMPAKPUN MUKA PEKASAM DAN PEKEDE PAGI NI YOB !

Ibrahim Ali: Perkasa tidak akan timbulkan kekecohan

January 09, 2012
Ibrahim Ali sedang memberi ceramah dihadapan ahli Perkasa yang menyertai Solat Hajat dan Qiamullail di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
 
KUALA LUMPUR, 8 JanPresiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, menjelaskan, badan bukan kerajaan (NGO) itu telah mempersiapkan 300 ahlinya untuk persediaan sekiranya pasukan keselamatan tidak mampu mengawal keadaan semasa Perhimpunan 901 esok. 
 
Ibrahim berkata, Perkasa telah mempersiapkan ahlinya itu sejak dua hingga tiga bulan lepas.
“Kami sudah bersedia menghadapi kemungkinan untuk esok, sekiranya pasukan PDRM memerlukan bantuan, kami ada 300 ahli yang sudah bersiap sedia.

“ Perkasa mengambil pendirian tidak akan berada di mahkamah esok, hanya sekiranya PDRM memerlukan bantuan, baru kami akan datang membantu,” katanya lagi.

Namun begitu, Ahli Parlimen Pasir Mas ini mengharapkan tidak akan berlaku sebarang kekacauan dalam perhimpunan yang dirancang untuk pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

“Saya jangkakan jumlah mereka tidak akan menjangkau 100,000 orang. Esok hari bekerja, mungkin kehadiran mereka sekitar lima ke enam ribu sahaja.

“Saya sendiri ada buat pemantauan di setiap ceramah Anwar, jumlah yang di berikan adalah jauh daripada jumlah sebenar,” katanya dan menyifatkan sokongan terhadap Anwar semakin berkurang.

Menurutnya, ahli Perkasa hanya akan berada di kawasan Masjid Wilayah sahaja untuk program Solat Hajat dan Qiamullail bermula malam ini hingga petang esok.

Ibrahim juga berjanji ahlinya tidak akan menimbulkan sebarang huru hara di mahkamah.
“Kami cintakan kedamaian dan keselamatan, kami fokus kepada program kami sahaja,” tambahnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.