Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Polis menyelar Azmin Ali, kenyataan tolak 10 syarat satu pembohongan

January 08, 2012
 
KUALA LUMPUR, 8 Jan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, hari ini meyelar kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, berikutan kenyataannya menolak 10 syarat yang dikemukakan polis terhadap PKR untuk menganjurkan Perhimpunan 901 Isnin ini.

Menurut Datuk Mohmad, persetujuan berkenaan 10 syarat tersebut sebelum ini telah dipersetujui oleh PKR, dan persetujuan berkenaan 10 syarat itu telah ditandatangani oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, sendiri.

“Penafian Azmin Ali adalah tidak benar, syarat-syarat yang dikeluarkan adalah atas persetujuan bersama, tidak berlaku penambahan atau pengurangan,” katanya dan menegaskan mempunyai foto yang membuktikan Shamsul menandatangani persetujuan menerima syarat tersebut.

“Pihak polis memberi amaran, sekiranya syarat tersebut dicabuli, pihak polis sudah merangka tindakan yang akan dikenakan ke atas penganjur perhimpunan tersebut,” tegasnya.

Datuk Mohmad turut menegaskan, segala penafian Azmin terhadap 10 syarat tersebut merupakan pembohongan daripada PKR.

“Saya kecewa kerana Azmin tidak jujur dalam perjanjian tersebut. Kami sudah menetapkan hanya kawasan tempat letak kereta mahkamah sahaja yang dibenarkan, dan kami telah meneliti kawasan itu mampu memuatkan seramai 5000 orang dalam satu-satu masa.

“Sekiranya syarat itu dicabuli, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” tegasnya lagi.

“Dia nak baring ke macam mana sekalipun, itu cara dia, pihak polis hanya mahu pastikan perhimpunan tersebut tidak melebihi kawasan tempat letak kereta,” katanya.

Tambah beliau, perjumpaan pihak polis dengan wakil PKR Jumaat lalu telah mempersetujui syarat berkenaan, tetapi Azmin (gambar) didalam blog dan laporan media semalam membuat kenyataan menolak 10 syarat tersebut.

Pihaknya juga kecewa dengan tindakan Azmin itu dan menegaskan pihak polis tidak akan membuat perjanjian serupa dengan Azmin.

“Buat apa nak jumpa lagi dengan orang pembohong?” soalnya. Perhimpunan pembebasan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikutan keputusan hakim terhadap kes liwat keduanya dijangkakan akan diadakan di kawasan tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Sehubungan itu, pihaknya menegaskan, sekiranya kawasan tempat letak kereta tersebut sudah dipenuhi, peserta hendaklah bersurai daripada meneruskan perhimpunan berkenaan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin bersetuju dengan cadangan polis untuk mengadakan perhimpunan 901 pada Isnin ini di kawasan parkir kereta di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta namun menolak 10 syarat baru yang dikeluarkan pihak berkuasa itu.

Menurut Azmin pihaknya menerima pakai perjanjian dengan Mohmad selepas mengadakan pertemuan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini Azmin mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.

Sepuluh syarat baru yang dikenakan terhadap penganjur perhimpunan bercanggah itu menurut Azmin dengan persetujuan yang telah dicapai semasa pertemuan pemimpin PKR dan Mohmad pagi kelmarin.

1 orang berkata:

Anonymous said...

dah lama tahu PKR memang pembelit

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.